NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kisah sebenar pernikahan kanak-kanak 11 tahun - Kadi


KANAK-KANAK perempuan berusia 11 tahun yang berkahwin dengan peraih getah, memberitahu Kadi Sungai Golok bahawa dirinya sudah baligh.

Kadi berkenaan Hashim Yusoff berkata, gadis berkenaan memberitahunya perkara itu selepas dia bertanya soalan itu kepadanya.


"Sebelum majlis akad nikah bermula jam 11 pagi (waktu Malaysia) pada 18 Jun lalu, saya bertanya kepada bakal pengantin perempuan beberapa soalan kerana terkejut apabila mengetahui usianya 11 tahun.

"Soalan pertama saya adakah dia sudah baligh dan dia menjawab, Ya.

"Saya tanya lagi adakah dia bersetuju berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun itu, dan dia bersetuju tanpa paksaan.

"Kedua-dua ibu bapa budak yang turut hadir pada hari itu juga bersetuju dan bersedia menjadi wali. Mereka juga membawa dua saksi bersama," katanya kepada NSTP ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Nyor, Sungai Golok (Selatan Thailand) hari ini.

Hashim yang juga Penolong Pendaftar di Majlis Agama Islam Narathiwat, berkata majlis akad nikah itu dilakukan di Masjid Padang Nyor.

Katanya, selepas akad nikah, dia membawa rombongan pengantin dan keluarga ke rumahnya untuk mengisi beberapa dokumen berkaitan pernikahan itu.

"Saya terangkan kepada pengantin lelaki bahawa walaupun pernikahan itu sah, saya tidak dapat mengeluarkan surat nikah kerana pernikahan itu perlu didaftarkan terlebih dahulu di Malaysia.

"Saya juga tidak melarang suami untuk 'bersama' isteri mudanya itu tetapi jika remaja itu mengandung sebelum usianya 16 tahun, dia perlulah melahirkan anak mereka di Thailand," katanya.

Sementara itu, Hashim yang sudah berkhidmat selama 12 tahun dalam bidang berkenaan berharap orang ramai tidak mensensasikan isu terbabit kerana pernikahan mereka adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Katanya, antara peraturan dimaksudkan ialah kanak-kanak itu berasal dari sebuah daerah di selatan Thailand, sudah baligh, dinikahkan tanpa paksaan dan dipersetujui ibu bapanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo