NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kambing bakar Guangzhou di Kuala Terengganu


SEKALIPUN menampilkan menu ringkas kambing bakar tanpa tulang, sajian ini tetap dinikmati dengan rasa tulen.

Tambahan pula dimakan dengan roti bakar atau lebih popular dikenali roti golek bersama kopi 'O' dapur arang, keenakannya sangat luar biasa.

Walaupun hanya warung kecil tepi jalan, namun pelanggan yang berkunjung sentiasa bertali arus. Layanannya tetap mesra dan perkhidmatan yang diberi boleh diberi pujian seperti beroperasi di restoran biasa.

Kelazatan kambing bakar diperap ramuan istimewa, resipi yang dibawa khas dari Guangzhou, China, menjadi bualan, mendorong pemiliknya, Hazlan Ali, 34, mencuba resipi berkenaan di Kuala Terengganu, Terengganu.

Hazlan berkata, idea membuka warung kambing bakar tercetus apabila beliau bersama keluarga sering berulang­alik ke Guangzhou, China kerana mencari bahan bekalan untuk perniagaan.

Penuhi selera tempatan 

Mereka menghadapi kesukaran mendapatkan makanan halal. Satu-satunya makanan halal terletak berdekatan hotel penginapan, iaitu gerai sate kambing yang diusahakan penduduk China Muslim berasal dari wilayah Xinjiang.

"Di Guangzhou, sate kambing dibakar agak kering kerana mengikut selera penduduk tempatan.

Disebabkan sering makan di gerai itu, timbul idea mengusahakan perniagaan kambing bakar di Kuala Terengganu.

"Orang kita gemar menikmati kambing bakar yang sedikit basah.

Saya ubah resipi untuk memenuhi selera tempatan. Segala ramuan atau rempah­ratus dilumur pada isi kambing, lalu diperap semalaman supaya rasanya sebati.

Apabila dibakar, sajian mengeluarkan rasa dan aroma sangat istimewa," katanya.

Hazlan menambah, lazimnya pelanggan menikmati menu utama bersama kopi 'O' dapur arang yang disediakan secara tradisional apabila minuman berkenaan dicampur bersama serbuk kopi.

Kambing Bakar Guangzhou
Lokasi: 9525C, Batu 10 1/2, Jalan Gong Badak, Kuala Terengganu
(di persimpangan lampu isyarat ke Padang Golf Tok Jembal)

Maklumat lanjut layari Facebook (FB): Kambing Bakar Guangzhou

→ Hubungi Hazlan Ali (016 980 3217) untuk membuat tempahan.
→ Dibuka setiap hari, jam 3 petang hingga 11.30 malam (Khamis hingga Sabtu).
→ Ahad hingga Rabu dibuka dari jam 4.30 petang hingga 11.30 malam.









No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo