NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

HFMD: Pelajar Malaysia di Singapura perlu waspada





Kementerian Pendidikan menasihatkan pelajar Malaysia yang bersekolah di Singapura supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi kebersihan berikutan kes penyakit tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, walaupun setakat ini tiada laporan mengenai wabak berjangkit itu di Singapura, namun perkara itu tidak sepatutnya diambil mudah.

Sehubungan itu, Ching menasihatkan ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak belajar di Singapura supaya segera membawa mereka berjumpa doktor sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

"Kementerian sedang memantau keadaan di negara ini, dan setakat ini tiada sekolah yang ditutup," katanya seperti dilapor The Star, hari ini.

Katanya, hanya beberapa kelas yang dijangkiti HFMD sahaja ditutup antara 10 dan 14 hari selepas menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan.

HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71) yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo