SHAH ALAM - Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, faktor kekalahan BN pada PRU14 lalu bukan disebabkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.
Menurutnya, terdapat faktor lain yang mempengaruhi keputusan rakyat menolak BN pada 9 Mei lalu.
"Ada kata BN kalah ada disebabkan satu orang Datuk Seri (Najib), saya nak beritahu ia disebabkan pelbagai punca, bukan satu sebab sahaja, bukan sebab presiden sahaja.
"Masalah dalaman Umno juga banyak, masalah di peringkat cawangan, bahagian, macam mana hendak menang keluar sahaja nama calon , tiga daerah pusat mengundi tutup, lepas itu boikot, jadi sesama sendiri bergaduh, " katanya dalam Wacana Sinar Harian kali-64 yang berjudul 'Mampukah BN Bangkit Semula?' di sini hari ini.
Justeru tegasnya, untuk memastikan Umno/BN kembali mendapat tempat dihati rakyat segala 'penyakit ini yang perlu diperbetulan'.
"Kita kena ambil iktibar, agar kita tak buat silap lagi, dan perlu perbetulkan dan yang paling penting perlu beri peluang kepada mereka yang boleh pimpin parti," katanya.
Pada PRU14 lalu, Pakatan Harapan berjaya memenangi pillihan raya berkenaan.
Pada PRU itu, Harapan mendapat majoriti mudah 113 kerusi di Dewan Rakyat, diitambah dengan 8 kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah.
No comments
Post a Comment