oleh: Hafiz Mansor
Desakan COMANGO untuk mengiktiraf golongan LGBT mungkin akan sekali lagi dibangkitkan dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) November ini. Semakan ini dilakukan secara berkala dikalangan 193 buah negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meneliti progress pengaplikasian hak asasi manusia di negara masing-masing. Malaysia telah melalui dua kali semakan bermula 2009 dan 2013.
Mereka menuntut pengiktirafan diberikan kepada seseorang berdasarkan orientasi seksual, pemansuhan seksyen 337A Kanun Keseksaan berkenaan jenayah liwat, pindaan dan pemansuhan enakmen jenayah shariah negeri berkaitan isu LGBT atas alasan “dosa peribadi” dan sebagainya.
Tambahan lagi, kumpulan Human Rights Watch pernah mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya prosedur penukaran nama dan jantina di kad pengenalan MyKad terhadap golongan LGBT diringankan.
Tuntutan mereka bukan kecil, melibatkan implikasi perundangan dan institusinya termasuklah kedudukan mahkamah shariah dan sebagainya, dengan satu tujuan mengiktiraf gerakan songsang mereka.
Saya fikir tiba masanya kita mengukuhkan institusi khususnya institusi kehakiman shariah di negara ini serta melihat isu ini bukan lagi isu peribadi bahkan suatu gerakan tersusun di peringkat antarabangsa dan domestik.
Sdr Hafiz Mansor ialah AJK Pemuda PAS Batu
No comments
Post a Comment