9 Julai 2018.
LGBT lahir dari doktrin liberalisme yang menuntut kebebasan berekspresi hingga melanggar fitrah manusia yang normal. Ia bukanlah penyakit baharu yang menimpa manusia. Al-Quran telah menceritakan berkenaan kebejatan kaum Sodom yang larut dengan jenayah homoseksual hingga mereka diazab oleh Allah.
⚫ Ketagih Memberontak.
Liberalisme membawa aspirasi penentangan terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia. Ekoran dari terbawa-bawa dengan sikap sentiasa tidak puas hati dengan Tuhan, sampai ke satu tahap mereka tidak berpuas hati dengan kejadian diri mereka sendiri.
Lelaki tidak berpuas hati dengan fitrahnya sebagai lelaki dan perempuan tidak berpuas hati dengan fitrahnya sebagai perempuan. Maka lahirlah penyakit lesbian, gay, biseksual dan transgender yang menjadi akronim kepada LGBT. Penganut LGBT tidak sedar bahawa mereka sedang memberontak dan berlaku zalim terhadap hakikat diri mereka sendiri.
Yang lebih ekstrim, muncul pula golongan queer yang sentiasa mempertikai orientasi jantina mereka. Mereka berpanjangan keliru antara mahu memilih untuk cenderung kepada lelaki atau cenderung kepada perempuan. Dari itu ditambah ragam LGBT menjadi LGBTQ.
⚫ LGBT Adalah Sebuah Gerakan.
Ramai yang salah faham dengan menganggap kononnya LGBT merupakan dosa individu secara privasi yang tidak boleh diganggu. Sedangkan kebimbangan kita terhadap LGBT adalah kerana ia bergerak secara gerakan yang sentiasa menghasut masyarakat supaya mencacatkan fitrah manusiawi mereka.
Jika kita ikuti perkembangan LGBT, ia merupakan agenda yang dimulakan oleh Barat khususnya Amerika sebagai pakej lengkap kepada doktrin liberalisme anutan mereka. LGBT merupakan penanda aras terhadap kepincangan ideologi yang mencorak cara hidup Barat. Apakah kemuncak pencapaian tamadun Barat, apabila mereka mendorong manusia untuk untuk mengalami krisis jantina yang fatal?
⚫ Bendera Pelangi.
Dalam topik revolusi warna, kita mendapati LGBT menggunakan kod warna pelangi sebagai imej perjuangan mereka. Ia dijulang secara seragam di seluruh dunia. Oleh kerana itu, kita disaran supaya mengelakkan diri dari menggunakan warna pelangi yang sedang menjadi identiti bagi penganut LGBT.
⚫ Fitrah Yang Korup.
Kempen LGBT kebanyakkannya dipersembahkan dengan bahasa dan dakwaan cinta serta kasih sayang supaya mereka dapat mengaut simpati orang ramai. Mereka suka mendakwa kononnya mereka bernaluri perempuan tetapi terperangkap di dalam batang tubuh lelaki dan kononnya mereka bernaluri lelaki tetapi terperangkap di dalam batang tubuh perempuan.
Penganut LGBT menuntut simpati orang ramai. Kononnya mereka telah menjadi mangsa 'kecuaian' Allah yang telah menciptakan 'software' mereka tidak sesuai dengan 'hardware' yang ada pada mereka. Ternyata implikasi terhadap dakwaan tersebut menimbulkan prejudis terhadap Allah selaku Yang Maha Pencipta. Sedangkan mustahil Allah tersilap menciptakan fitrah dan kejadian manusia.
⚫ Ancaman Terhadap Survival Manusia.
Kesesatan LGBT bukan sahaja ditentang oleh Islam. Bahkan ia ditentang oleh masyarakat dunia yang masih mempertahankan sifat manusiawi mereka yang normal. Russia antara negara yang keras menentang LGBT. Paderi besar Kristian Ortodoks di Russia, Vladimir Mikhailovich menegaskan bahawa LGBT adalah satu bentuk ancaman terhadap manusia. Manakan tidak. Apabila sesama jantina diizinkan untuk berkahwin, apakah nasib kelangsungan pembiakan manusia dapat diteruskan? LGBT menjadi faktor ancaman terhadap populasi manusia.
⚫ Proses Normalisasi Yang Memualkan.
Kita mendapati terdapat beberapa langkah telah dijalankan untuk memberi tempat kepada LGBT di dalam masyarakat kita. Selain dari ungkapan-ungkapan provokatif secara vokal dari kalangan 'duta-duta' LGBT yang tidak tahu malu, ia juga disusup masuk secara halus melalui media.
Hari ini, di dalam siri kartun sudah wujud watak lelaki pondan. Di corong-corong radio, sudah ada juruhebah yang memainkan watak humor sebagai pondan. Terdapat pula publisiti produk kecantikan yang menonjolkan usahawan pondan yang berjaya. Yang terbaharu, segelintir politikus yang sedang mempunyai pengaruh kuasa dilihat mesra dengan agenda LGBT.
Semua itu merupakan proses normalisasi yang sedang berlangsung hari ini. Ia masuk secara halus ke dalam minda generasi muda agar kelak, mereka bersedia menerima kehadiran gaya hidup LGBT ke tengah-tengah masyarakat.
⚫ Lawan Secara Serius.
Walaupun kita dibesarkan dalam suasana adat ketimuran yang amat sensitif dengan virus seumpama LGBT, kita amat bimbang dengan nasib generasi akan datang yang terasimilasi dengan proses pembaratan hari ini.
Demi anak cucu kita, jangan biarkan penyakit ini membarah dan bertapak dalam masyarakat kita. Apa agama sekalipun, jika sifat kemanusiaan masyarakat di Malaysia masih normal, sudah pasti kita semua akan bersama-sama menentang korupsi LGBT.
No comments
Post a Comment