NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warga asing mahir IT mungkin akan diberi kewarganegaraan, kata Dr Mahathir


KERAJAAN mengalu-alukan lebih ramai warga asing berkemahiran, terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), dan sedia menawarkan kewarganegaraan kepada pekerja yang layak, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. 

Dr Mahathir mengumumkan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin perniagaan dari Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

“Jika warga asing ini datang dengan kemahiran yang kita perlukan, kita mungkin akan mengalu-alukan mereka untuk tinggal di negara ini dan malah menjadi warganegara sekiranya mereka mahu,” Dr Mahathir dipetik sebagai berkata oleh Bernama. 

“Kita mahu lebih ramai orang yang bijak datang dan tinggal di Malaysia dan menyumbang ke arah program industrialisasi,” katanya.


Dr Mahathir juga berkata kerajaan sedang meneliti untuk menggubal dasar yang lebih baik kepada pekerja asing bagi mengatasi dakwaan ramai daripada mereka dibawa masuk ke negara ini melalui saluran yang salah. 

“Sebenarnya kita sedang mengkaji dan mencari dasar yang baik untuk pekerja asing…banyak salah laku dibuat (berhubung pengambilan mereka),” katanya.

Dr Mahathir memberi contoh sebuah syarikat yang diberi hak untuk membawa masuk pekerja asing tanpa melalui proses tender yang betul, dan meraih banyak wang menerusi proses itu. 

Katanya, Malaysia juga dijangka akan menerima ramai pelawat, “sesetengahnya sah, sesetengahnya tidak sah dan ada yang sementara dan ada yang tetap”

“Semua ini akan dikaji,” katanya. 

Dalam ucaptamanya pada mesyuarat agung tahunan dewan itu, Dr Mahathir berkata kerajaan Malaysia akan kekal “komited dalam perdagangan dengan Amerika Syarikat dan mengjangkakan pertumbuhan dalam perdagangan dua hala”.– 28 Jun, 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo