Hishamuddin Rais minta Anwar tidak gopoh ambil alih jawatan nombor satu negara
KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Hishamuddin Rais yang sebelum ini merupakan pengkritik tegar Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat beliau wajar diberi peluang memimpin negara selama lima tahun.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2001 itu turut mengingatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menunggu, agar 'tidak gopoh' untuk mengambil alih jawatan nombor satu negara itu.
Hishamuddin percaya Mahathir, 92, sedia berundur setelah beliau menggariskan langkah menyelamatkan negara.
"Saya punya pandangan satu penggal (lima tahun). Tempoh ini okey, satu penggallah," katanya dalam wawancara yang disiarkan portal ProjekMM, penerbitan bahasa Melayu akhbar Malay Mail semalam.
No comments
Post a Comment