NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM tak keluarkan kenyataan isu 'rasuah' PAS Kelantan

   
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan badan itu dan ketua pengarahnya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam PAS Kelantan.

"SPRM mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM dan suruhanjaya ini untuk menular kenyataan tersebut baru-baru ini dan tindakan tersebut dilihat sebagai perbuatan yang ingin mencemarkan reputasi SPRM," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM menegaskan mereka komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu.

SPRM juga menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan berita tidak sahih menggunakan nama pengurusan tertinggi SPRM atau suruhanjaya itu.




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo