KLANG 19 JUN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua, Amirudin Shari dipilih dan mengangkat sumpah bagi memegang jawatan itu di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.
Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu dilakukan di hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula jam 10.15 pagi.
Amiruddin yang juga Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan tiba di perkarangan Balai Rung Seri Istana Alam Shah sekitar jam 8.20 pagi bersama isterinya, Masdiana Muhamad.
Majlis istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji pagi ini turut disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan pembesar-pembesar negeri.
Terdahulu, Mohamed Azmin berkesempatan untuk mengikuti Majlis Serah Kuasa Menteri Besar Selangor bersama Amirudin di Balai Mengadap Istana Alam Shah sekitar jam 9.30 pagi.
Mohamed Azmin bersama isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin tiba di Istana Alam Shah sekitar jam 8 pagi mengikuti majlis berkenaan.
Dalam majlis itu, Amirudin turut melafazkan ikrar Aku Janji merangkumi 10 perkara yang perlu beliau penuhi serta patuhi sepanjang memegang jawatan itu.
Antara kandungan Aku Janji tersebut adalah memihara serta memastikan agama Islam tidak diganggu gugat serta menghormati agama bukan Islam, memelihara institusi raja dari dicaci serta diganggu, mematuhi arahan Tuanku Sultan.
Selain itu, Amirudin turut berikrar bagi memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kepentingan sah kaum lain, melaksanakan tugas dengan penuh intergriti serta tanggungjawab, mendahulukan rakyat, memasgikan kemakmuran negeri itu ditahap tertinggi, memelihara jawatan yang diamanahkan dari dicemari tindakan menyalahi undang-undang dan memelihara perpaduan.
Profil:
Nama : Amirudin Shari
Umur : 38 Tahun
Tarikh Lahir: 8 Februari 1980
Jawatan pernah disandang :
- Adun Sungai Tua (2008-2013, 2013-2018, 2018 hingga kini)
- Exco Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Keusahawanan (2014 hingga kini)
- Ahli Jawatankuasa Pusat PKR
- Bekas Pengurus Persatuan Bola Sepak Selangor
- Penyelaras program di Institut Kajian Dasar
Pendidikan:
-Sekolah Menengah Benut, Pontian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Putra Malaysia.
- Memperolehi latihan khas berhubung persiapan pilihan raya di bawah Konrad Adenauer Stiftung yang dianjurkan di Berlin dan Munich.
Latar belakang politik:
- Aktif dalam sayap AMK sejak 2014 dan dipilih sebagai Naib Ketua Bahagian
- Pada Januari 2014, Amirudin mengumumkan pencalonannya sebagai Ketua Pemuda AMK
- Mula bertanding sebagai Adun pada tahun 2008
Kerusi pernah ditandingi:
- PRU12 - N16 Batu Caves
- PRU13 - N16 Batu Caves
- PRU14 - N16 Sungai Tua - Sinar Online
No comments
Post a Comment