GAZA – Seorang remaja Palestin berusia 13 tahun yang ditembak tentera Israel baru-baru ini dalam tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat kecederaannya, semalam kata Kementerian Kesihatan di wilayah dikuasai Hamas.
Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, Zakaria Bishbash ditembak tentera Israel di bahagian perut, beberapa hari lalu, namun beliau tidak memberikan butiran lanjut.
Sekurang-kurangnya 132 penduduk Palestin dibunuh, sejak tunjuk perasaan besar-besaran di sepanjang sempadan Gaza mulai 30 Mac lalu. Namun, tiada seorang pun warga Israel terbunuh.
Kemuncak tunjuk perasaan itu berlaku pada 14 Mei lalu apabila sekurang-kurangnya 61 penduduk Palestin dibunuh, ketika ribuan penunjuk perasaan menghampiri pagar sempadan yang dikawal ketat.
Ia berlaku pada hari sama Amerika Syarikat (AS) merasmikan pembukaan kedutaan baharu di Baitulmaqdis yang dipindahkan dari Tel Aviv, sebelum ini. – AFP/BH ONLINE
No comments
Post a Comment