KERAJAAN baharu Pakatan Harapan (PH) sudah berkuasa lebih sebulan, dan pada masa cukup sebulan, Kabinet penuh belum diumumkan tetapi Majlis Penasihat Kerajaan sudah lama ditubuhkan.
Keanehan ataupun kecelaruan proses pentadbiran kerajaan ini sebenarnya sangat jelas, tetapi masih tidak mendapat kritikan atau nasihat sewajarnya mungkin kerana dianggap masih baru.
Ini mendedahkan dwi-standard atau sikap selektif PH dan penyokong-penyokongnya, dan juga ribuan tentera sibernya di alam maya.
Lima peristiwa ini ialah tanda-tanda kerajaan PH mempunyai kuasa yang berlebihan, hingga mengatasi proses dan norma yang biasa diterima.
1. Tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong
Semasa menuntut untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, semasa hendak melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, PH menunjukkan yang mereka sedia berkonfrontasi dengan Raja-Raja Melayu. Kemudian, mereka mendedahkan butiran yang didakwa perbelanjaan Agong, seolah-olah sebagai satu ugutan supaya mengikut kehendak mereka atau lebih banyak akan didedahkan.
2. Kuasa Perdana Menteri
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai personaliti yang dominan, dan ditambah dengan usianya yang jauh berbeza dengan menteri-menteri lain, beliau dijangka akan dapat mengetengahkan agendanya walaupun ada yang tidak bersetuju. Mahathir menjadi tempat bergantung ramai pemimpin lain yang merasakan tanpanya, kerajaan akan dikuasai PKR.
3. Kuasa Majlis Penasihat Kerajaan
Majlis Penasihat Kerajaan terdiri daripada tokoh-tokoh yang merupakan orang kuat Perdana Menteri dan mewakili golongan korporat dan taikun. Dikhuatiri mereka lebih cenderung kepada hal ehwal perniagaan hingga mengabaikan tuntutan rakyat kebanyakan. Mereka juga sudah menunjukkan kuasa hingga boleh memanggil hakim-hakim senior datang mengadap dan menuntut mereka meletak jawatan.
4. Pengaruh kuat DAP
Walaupun Mahathir, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi wajah PH bagi orang Melayu, kerusi Parlimen paling banyak tetap DAP. DAP sendiri mengatakan Mahathir ialah "kuda" yang mereka pergunakan. Kementerian kewangan, komunikasi, di samping peguam negara dan ketua hakim yang DAP mahukan juga sudah dan hampir jadi kenyataan.
5. Perspesi dan kuasa media sosial
Kempen PH di media sosial menimbulkan rasa benci pada UMNO dan Barisan Nasional, takut terkait dengan UMNO hingga tidak berani mempertahankan yang benar dan mewujudkan trend popular PH hingga merasakan melawan sebarang agenda PH menjadikan seorang itu kera sumbang. Suasana tidak sihat ini diteruskan dengan mainan persepsi yang tidak berkesudahan di media sosial. – Mynewshub.cc
NOTIS:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment