KANGAR - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis Barisan Nasional (BN) menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau pagi tadi.
Mereka berkenaan menghadap Raja Perlis selama kira-kira 30 minit.
Menteri Besar dan Adun Bintong, Datuk Seri Azlan Man dan Adun Tambung Tulang, Datuk Ismail Kassim tidak hadir pada pertemuan itu.
Semua lapan Adun itu dilihat hadir ke istana pada kira-kira pukul 10.30 pagi dan beredar pada pukul 11.15 pagi tanpa bercakap kepada pemberita yang menunggu di luar istana.
Difahamkan sembilan Adun telah memfailkan satu tindakan di mahkamah Perlis pada 28 Mei lalu bagi mencabar perlantikan Azlan.
Sembilan Adun itu percaya mempunyai kekuatan kes berdasarkan Perkara 39(6) yang menyatakan menteri besar hendaklah letak jawatan jika tidak lagi mendapat sokongan sebahagian besar Adun.
Kemelut Perlis berlaku susulan tindakan mereka memboikot majlis istiadat perlantikan Azlan pada 24 Mei lalu. - Mstar
Anwar pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama KU...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment