NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilihan Timbalan PresidenUmno: 7 Akujanji Annuar Jika Dipilih


KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Annuar Musa menggariskan tujuh akujanji untuk membantu presiden parti itu di samping melaksanakan pembaharuan terhadap parti.

Jelas Annuar, akujanji berkenaan akan menyaksikan beliau memegang jawatan dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab sekiranya dipilih oleh perwakilan cawangan dan bahagian sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Antara akujanji Annuar sekiranya dilantik adalah untuk menjadi panglima kanan kepada presiden parti dan berjanji untuk bekerja lebih keras serta orang kanan terkuat presiden.


Selain itu, Annuar komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap parti termasuk menyediakan cadangan untuk perubahahan besar seperti rombakan cara pemilihan serta pengurusan dan pentadbiran parti.



Ahli Parlimen Ketereh itu turut berjanji untuk mengatur jelajah ke seluruh negara bagi memberi inspirasi, serta mengajak ahli parti supaya bangkit menjiwai perjuangan parti.

Empat lagi janji Annuar termasuklah membantu ketua pembangkang, melaksana semula pentarbiahan intensif, pengkaderan serta suntikan doktrin perjuangan parti; membina rangkaian strategik dan juga membina kembali kekuatan parti.

Dalam pada itu, Annuar juga berharap supaya pengalamannya dalam bidang politik yang kini mencecah 30 tahun itu dapat membantu persiden serta parti berkembang semula menjadi parti pilihan rakyat.

"Pengalaman saya selama 30 tahun sebagai ahli Kabinet, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara semoga dapat membantu presiden dan parti UMNO kita.

"Marilah kita bangkit menjiwai dan sayangi perjuangan parti, bergerak sebagai pasukan aktivis dan pejuang yang kuat lagi disegani," katanya menerusi satu kenyataan, di sini hari ini.

Pertandingan bagi jawatan Timbalan presiden menyaksikan saingan dua penjuru di antara Annuar dan juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pemilihan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dijadualkan berlangsung pada 30 Jun ini selepas pemilihan sayap parti selesai minggu lalu. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo