NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mat Taib bersara dari politik?


Ramai tertanya-tanya sebab yang membuatkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, seorang bekas menteri besar Selangor yang pernah bersama pembangkang menyertai semula Umno pada Ahad, 17 September 2017.

Setelah melihat pencapaian umno dalam PRU ke-14, comeback Mumahamad Muhammad Taib ke dalam Umno bukan sahaja sia-sia malah membuang masa seperti mana dia menyertai PKR setelah dia menyertai PAS sebelum itu sejak menjelang PRU ke-13. 

Ada pihak yang mendakwa kononnya rancangan asal adalah Muhammad membawa bersama lapan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR bersama ramai lagi wakil rakyat lain untuk merampas Selangor seperti yang berlaku di Perak.

Adakah beliau benar-benar kecewa dan merasakan selama berada bersama pembangkang hanya sia-sia belaka?

Atau mungkinkah beliau ditawarkan jawatan Menteri Besar Selangor jika BN dapat menawan semula negeri tersebut pada pilihan raya umum kali ini?

Hanya Muhammad sendiri yang tahu kenapa beliau memilih untuk bersama Umno semula menjelang PRU ke-14?.

Dilaporkan gara-gara kemasukan semula Muhammad ke dalam parti itu, semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno terpaksa berpusu-pusu ke ibu pejabat Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terpaksa menyingkatkan lawatan kerjanya ke Perlis.

Malah ada MT yang mendakawa, Ingatkan apa yang penting sangat, rupanya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu mengumumkan Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Mat Taib menyertai semula Umno selepas lima tahun bersama PKR dan PAS.

Dalang yang memujuk

Tetapi yang pasti ada pencatur atau 'dalang' yang memainkan peranan "memujuk" semula rajuk Muhammad.

Satu sumber memaklumkan bahawa usaha ini dimainkan oleh Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar sendiri dan anggota MT Umno Datuk Seri Abdul Azeez Rahim – seorang menteri kabinet, seorang lagi merupakan pengerusi Tabung Haji.

Menurut sumber juga, rundingan itu dilakukan semasa mereka bersama-sama menunaikan haji pada antara penghujung Julai dan Ogos lalu.

Kebetulan dikatakan telah menyebelahi Noh dan Azeez. Sejauh mana kebetulan itu, tiada sesiapa yang tahu.

Dalam masa yang singkat, nampaknya Noh dan Azeez berjaya 'meyakinkan' Muhammad atau nama gelarannya Mat Tyson supaya kembali ke Umno.

Menurut sumber lagi, antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan di tanah suci itu adalah berkisar rasa kesal Muhammad ketika berada dalam PKR.

Minta restu PM

Sementara itu, sumber yang terdekat dengan Umno Selangor juga berkata, Noh dan Azeez kemudian mengemukakan kejayaan itu kepada Najib dan mendapat lampu hijau.

Penulis cuba untuk mendapatkan reaksi Muhammad sendiri mengenai dakwaan berkenaan tetapi ketika ini, Muhammad berada di luar negara.

Melalui pesanan WhatsApp beliau memberitahu:

"Mudah-mudahan (kemasukan dalam Umno) ada kesan.

"Biarlah mereka (pembangkang yang perlekehkannya) syok sendiri. He who laughs first, laugh last," katanya ringkas.

Muhammad berkata demikian ketika ditanya reaksinya apabila pembangkang dilihat 'mengejek' tindakan bekas pemimpin itu yang kembali ke parti lama.

Tidak kurang juga yang tertanya-tanya tugas yang akan digalas bekas ADUN Batang Kali itu setelah kembali ke Umno semula.

Tiada rancangan khas

Diajukan soalan, sumber berkata, setakat ini tiada perancangan khas tetapi mereka berharap dengan pengalamannya mentadbir Selangor selama 11 tahun akan membantu BN menawan semula negeri berkenaan.

Sumber tersebut turut menafikan wujudnya cubaan menggulingkan kerajaan Selangor dengan membawa lapan ADUN PKR untuk menyertai Umno.

"Dakwaan itu (lapan ADUN PKR masuk Umno) tak logik. Kerana pilihan raya umum ke-14 dah semakin hampir," kata sumber itu, merujuk kepada laporan sebuah portal sebelum ini.

Penulis juga cuba menghubungi Noh dan Azeez dan masih menunggu respon daripada mereka berdua berkaitan dakwaan itu.

Berhubung Mat Taib, setelah lama menyepi, masih tidak pasti sama ada beliau mampu melakukan comeback.

Walaupun berjaya membangunkan Selangor selama 11 tahun pentadbirannya, Mohamad lebih dikenang dengan kegagalan mengisytiharkan wang tunai bernilai jutaan dolar yang dibawa ke Australia.

Mahkamah kemudian mendapati beliau tidak bersalah. Namun nasi telah menjadi bubur selepas itu.

Muhammad pun meletak jawatan dan menjelang pilihan raya umum ke-13, beliau menyertai PAS dan berkempen untuk pembangkang.

Kali ini anak jati Selangor itu mungkin akan berkempen atas pentas BN pula, menyerang sekutu-sekutu lamanya.

Besarkah pengaruh seorang Mat Taib dan mampukah bubur kembali menjadi nasi? Masa akan menjawab soalan-soalan ini.

-MK





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo