NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lokasi Percutian Bajet di Kelantan dan Terengganu

Percutian bajet adalah salah satu percutian yang semua pelancong inginkan, selagi boleh jimatkan kos dan merasai tempat menarik apa salahnya kita amalkan percutian bajet ini. Antara yang menjadi pilihan adalah percutian bajet di Kelantan dan Terengganu.
Percutian Bajet di Kelantan dan Terengganu.

Di Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang mempunyai pelbagai jenis destinasi yang menjadi tarikan kepada pelancong untuk bercuti ke tempat-tempat tersebut seperti tempat menarik di tanah tinggi, pusat peranginan, hutan simpan, pulau, pantai, tasik, gunung dan bermacam-macam lagi. Disini terdapat lokasi-lokasi percutian ideal yang pasti dapat menjimatkan kos anda semasa bercuti yang terdapat di seluruh Malaysia sebagai contoh lokasi percutian bajet di Kelantan dan Terengganu.
KELANTAN



Negeri Kelantan atau juga dipanggil Negeri Che Siti Wan Kembang mempunyai banyak lokasi menarik yang boleh anda kunjungi bila anda datang bercuti ke sini. Untuk percutian bajet anda di Kelantan terdapat banyak tempat yang anda boleh pergi untuk jimatkan kos pelancongan anda. Terdapat pelbagai jenis lokasi pelancongan yang ada di Kelantan seperti pantai, tempat membeli-belah, tempat keagamaan dan pelbagai lagi. Disini kami senaraikan lokasi-lokasi menarik yang boleh anda kunjungi untuk percutian bajet di Kelantan.


Lokasi Pantai Yang Menarik Di Kelantan



Keindahan pemandangan di pantai adalah salah satu lokasi percutian yang menarik di Kelantan. Kemudahan yang ada di sepanjang persisiran pantai seperti gerai-gerai makanan, restoran fast food tandas, masjid dan pelbagai lagi memudahkan pelancong yang datang ke sini. Untuk pengetahuan semua rata-rata pantai di Kelantan tidak sesuai untuk bermandi manda kerana ombak yang kuat dan deras dan hanya dikhaskan untuk santai-santai sahaja. Jadi jika datang bercuti disini ianya sangat sesuai untuk datang menghirup udara yang segar dan damai, disamping itu boleh juga bermain layang-layang di persisiran pantai. Berikut antara pantai-pantai yang terdapat di Kelantan.
Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Pantai Irama
Pantai Sri Tujoh
Pantai Tok Bali
Pantai Bisikan Bayu

LOKASI SEJARAH DI KELANTAN



Di Negeri Kelantan juga terdapat banyak muzium-muzium sejarah yang mempunyai sejarah yang tersendiri. Jika datang ke Kelantan bolehlah melawat tempat-tempat tersebut sekiranya ingin mengetahui tentang sejarah Negeri Kelantan. Melawat muzium di negeri Kelantan ini adalah sangat sesuai untuk pelancong mengenali perjalanan masa mengenai Negeri Kelantan, kebudayaan dan adat orang kelantan, koleksi barangan dan kehidupan Diraja Negeri Kelantan dan sebagainya. Dibawah tersenarai lokasi-lokasi sejarah yang boleh anda lawati.

Muzium Negeri
Muzium Adat Istiadat
Muzium Diraja Istana Batu
Muzium Islam
Muzium Perang Bank Kerapu
Muzium Kraftangan
Gelanggang Seni

Lokasi Keagamaan di Kelantan




Destinasi pelancongan yang menarik di Kelantan juga ialah tempat-tempat keagamaan yang ada di Kelantan. Tempat-tempat tersebut menjadi tarikan pelancong untuk pergi kerana keindahan seni bina yang mempunyai kelainan. Terdapat juga Patung Buddha yang sangat besar yang menjadi tarikan pelancong untuk ke sana. Berikut merupakan tempat-tempat keagamaan yang boleh dilawati.

Masjid Muhammadi
Masjid Kampung Laut
Tokong Mek
Wat Phothiviham (Buddha Tidur)
Wat Machimmaram (Buddha Duduk)
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail (Masjid Beijing)

LOKASI PELANCONGAN SEMULAJADI DI KELANTAN



Kelantan juga mempunyai banyak lokasi semulajadi yang cantik dan menarik untuk pelancong datang bercuti. Keindahan pemandangan air terjun, air yang jernih dan gunung menjadi sesebuah tempat itu sangat cantik dan mendamaikan. Antara lokasi semulajadi yang menjadi tarikan pelancong.

Air Terjun Jelawang
Jeram Pasu
Lata Rek
Jeram Linang
Gunung Stong
Gunung Ayam
Tasik Pergau
Lokasi Membeli Belah di Kelantan



Terdapat banyak lokasi membeli belah yang menjadi tarikan pelancong bila datang ke Kelantan. Disini terdapat beberapa lokasi membeli belah yang boleh anda pergi untuk penjimatan bajet semasa bercuti di Kelantan.

Pasar Siti Khadijah
Wakaf Che Yeh
Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang
Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Bazar Tok Guru


TERENGGANU


Negeri Terengganu juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi bila anda datang bercuti ke sini. jika anda sukakan ketenangan ketika melancong seperti sukakan tempat yang aman dan damai, Terengganu mempunyai banyak lokasi alam semulajadi seperti pulau, pantai, hutan lipur, air terjun, tasik dan pelbagai lagi. Terdapat banyak tempat-tempat unik di Terengganu yang menjadikannya lokasi pilihan percutian bajet di Kelantan dan Terengganu.

Destinasi Pelancongan Pulau Di Terengganu




Terengganu memang sebuah lokasi pelancongan yang sangat terkenal dengan pulau-pulau yang cantik dan menarik. Kejernihan air laut di setiap pulau yang ada di Terengganu menjadikan lokasi pilihan pelancong untuk melancong ke tempat-tempat berikut. Air laut yang membiru jernih dan pasir pantai yang putih menjadikan faktor tarikan kepada pelancong. Disamping itu, berbagai aktiviti yang ada seperti snorkeling, scuba, mandi laut, berkayak, mendaki bukit, dan sebagainya. Dengan ini, percutian ke pulau menjadi pilihan pelancong yang gemar kepada aktiviti dalam air. Antara pulau-pulau yang terdapat di Terengganu.

Pulau Tenggol
Destinasi Pelancongan Tempat Semulajadi Di Terengganu





Terengganu juga mempunyai banyak destinasi pelancongan semulajadi yang menarik menjadi pilihan pelancong untuk bercuti. Destinasi pelancongan semulajadi seperti tasik dan air terjun adalah salah satu tarikan pelancong untuk bercuti di Terengganu. Sekiranya anda bercuti ke tempat-tempat sebegini mungkin kos dapat dijimatkan sesuai bagi mereka yang mencari percutian bajet di Kelantan dan Terengganu. Antara destinasi percutian di tempat semulajadi yang ada di Terengganu.

Tasik Kenyir
Air Terjun Chemerong
Air Terjun Sekayu
Air Terjun Lata Payung


Destinasi Pelancongan Tempat Bersejarah Di Terengganu


Percutian bajet di Terengganu juga anda boleh melawat tempat-tempat bersejarah di Terengganu. Terdapat banyak galeri dan pameran di muzium yang ada di Negeri Terengganu yang menceritakan pelbagai sejarah, kesenian, adat dan budaya orang Terengganu. Selain dapat

mengetahui serba sedikit tentang sejarah di Terengganu pelancong juga akan dapat melihat seni bina muzium-muzium yang unik dan cantik. Antara tempat sejarah yang boleh dilawati.

Muzium Negeri Terengganu
Bukit Puteri
Kota Lama Duyong
Memorial Batu Bersurat
Perkampungan china


Destinasi Pelancongan Zoo dan Taman Haiwan Di Terengganu




Di Terengganu juga ada zoo dan taman haiwan yang boleh anda kunjungi bila datang melancong ke sini. Jika bercuti bersama keluarga bolehlah bawa anak-anak ke tempat-tempat ini, semestinya anak-anak akan suka sambil belajar mengenali haiwan-haiwan disini.

Zoo Kemaman
Santuari Kelah
Kenyir Elephant Village
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu
Kelip-kelip Sungai Yah Yah


Destinasi Pelancongan Membeli Belah Di Terengganu


Bila datang bercuti semestinya pelancong akan mencari tempat untuk membeli belah, disini terdapat beberapa lokasi membeli belah yang sesuai untuk percutian bajet anda. Kalau dah sampai Terengganu wajib singgah ke Pasar Payang, Desa Murni, Pusat Budaya Kraf Terengganu, Kg Rusila, Rhu Rendang dan Kelulut sebagai destinasi yang tidak sah kalau sudah sampai ke terengganu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo