NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemenangan Asyraf Wajdi Petanda Bahaya Buat Zahid Hamidi?


Kemenangan Asyraf dikira mengejutkan kerana beliau berjaya mengenepikan dua pencabar terdekatnya yang berasal daripada kepimpinan Pemuda UMNO sebelum ini.

Asyraf tidak pernah sama sekali berada dalam kepimpinan Pemuda UMNO berbanding dua pesaingnya, Azwanbro sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sementara Shahar pula ialah Ketua Pemuda UMNO Pahang.

Asyraf sebelum ini adalah seorang Senator, Ahli MT UMNO dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Kemenangan beliau ini menunjukkan perwakilan Pemuda UMNO benar-benar berani berubah dengan mengenepikan dua pemimpin yang lahir daripada kilang Pemuda UMNO, Azwanbro dan Shahar serta memilih Asyraf yang tidak pernah terkait dengan sayap parti itu.


Apakah kemenangan Asyraf ini bakal memberi petanda buruk kepada Zahid Hamidi yang pada 30 Jun depan akan bertanding jawatan Presiden UMNO serta dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin?

Jika perwakilan Pemuda UMNO berani berubah dengan menolak Naib Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Pahang untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, apakah perwakilan UMNO pada minggu depan turut sedia menunjukkan perubahan yang sama?

Beranikah mereka menolak Pemangku Presiden UMNO daripada menjadi Presiden UMNO sebagaimana Naib Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Negeri ditolak ke tepi, lantas memilih calon baru yang tidak pernah terkait dengan kepimpinan UMNO sebelum ini bagi memberi nafas segar kepada parti yang baru kehilangan kuasa itu?

Sediakah UMNO berubah atau masih mahu kekal dengan kepimpinan yang dibayangi wajah Najib Razak?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo