Menteri Besar, yang juga ADUN Pasir Pekan menjadi pendahulu diikuti Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar (Pachor), barisan Exco dan ADUN yang lain.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker yang baru dilantik semula, Datuk Abdullah Ya'kub.
Sementara itu, ADUN Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood dilantik sebagai Timbalan Speaker menggantikan bekas ADUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.
Abdul Fattah merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), Pas memenangi 37 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memperoleh lapan kerusi DUN.
Pakatan Harapan tidak memenangi sebarang kerusi DUN dan Parlimen di Kelantan.
Sidang DUN Kelantan bagi penggal pertama akan berlangsung pada 23 Julai ini selama tiga hari dan dijadual dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra. - UTUSAN ONLINE
No comments
Post a Comment