Jika JAKIM nak diletakkan sepenuhnya di bawah Majlis Raja-Raja(MRR), kerajaan perlu terlebih dahulu menjadikan MRR sebagai badan eksekutif tersendiri Menjadikan MRR ada kuasa eksekutif tersendiri bermakna, ia mempunyai bidangkuasa yang tidak boleh diganggu langsung oleh Kabinet. Bahkan MRR boleh mempunyai sumber kewangan sendiri, belanjawan berasingan dan sumber manusia sendiri. Inilah satu-satunya cara kalau nak pisahkan JAKIM dari tangan politik.
Oleh: Dr Muhammad Fathi Yusof
31 Mei 2018
Selama ini memang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan atas mandat Majlis Raja-raja(MRR). Cuma untuk melaksanakan tugas, perlu diletakkan di bawah kabinet selaku badan eksekutif.
MRR tidak ada kuasa eksekutif. Kuasa MRR hanya terhad mengikut yg tercatat dalam Perlembagaan.
Sehari dua ini diperkatakan cadangan untuk membebaskan institusi agama seperti JAKIM dari pengaruh politik dengan meletakkannya di bawah Majlis Raja-raja (MRR).
Jika JAKIM nak diletakkan sepenuhnya di bawah MRR, kerajaan perlu terlebih dahulu menjadikan MRR sebagai badan eksekutif tersendiri
Menjadikan MRR ada kuasa eksekutif tersendiri bermakna, ia mempunyai bidangkuasa yang tidak boleh diganggu langsung oleh Kabinet. Bahkan MRR boleh mempunyai sumber kewangan sendiri, belanjawan berasingan dan sumber manusia sendiri. Inilah satu-satunya cara kalau nak pisahkan JAKIM dari tangan politik.
Soalnya adakan kerajaan sekarang bersedia ke arah itu, atau idea dilontar tanpa memahami implikasinya.
Nota: antara prinsip penting liberalisme ialah memisahkan pemisahan kekuasaan agama dan politik.
No comments
Post a Comment