NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel tidak endah resolusi PBB





NEW YORK, 7 Syawal 1439H, Khamis – Israel berdegil dan langsung tidak mempeduli resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menuntut negara itu menghentikan pembinaan penempatan di wilayah Palestin.

Penyelaras Khas PBB di Asia Baerat, Nickolay Mladenov, dalam laporannya kepada Majlis Keselamatan semalam berkata, Tel Aviv semakin rancak memperluaskan penempatan haram baharu Yahudi. 
Katanya, melihat perkembangan yang berlaku sangat membimbangkan, tambahan pula Israel telah menguasai kawasan itu dengan kawalan penuh tentera.

"Tiada tindakan diambil walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan pada 23 Disember 2016 menuntut segala pembinaan penempatan dihentikan.

"Peningkatan pembinaan penempatan haram oleh Israel amat membimbangkan," katanya.

Katanya yang terbaharu, kira-kira 3,500 unit rumah di penempatan Kawasan C (Tebing Barat) telah dibangunkan.

Kawasan C adalah bahagian terbesar di wilayah jajahan Zionis yang meliputi 60 peratus tanah.


Sebelum ini, tujuh bank terkemuka Israel menyatakan kesediaan untuk memberi perkhidmatan kewangan membantu memperluaskan penempatan haram Yahudi di tanah Palestin dengan membiayai pembinaan di Tebing Barat.

Menurut laporan yang dikeluarkan Human Rights Watch (HRW), penglibatan kebanyakan bank terkemuka Israel itu adalah untukmembina unit perumahan baharu untuk penempatan semula dengan merampas hak di wilayah yang diduduki itu.

Setakat ini, 500,000 rakyat Israel kini menetap di lebih daripada 100 penempatan haram Yahudi yang dibina di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sejak 1967.

Undang-undang antarabangsa menyifatkan Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis sebagai wilayah yang diduduki, dan menganggap semua kegiatan pembangunan serta penempatan Yahudi di tanah itu adalah haram.- Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo