NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hormati YDPA, Raja-Raja, Jangan Hina



1. Saya menyeru semua pihak agar sentiasa menunjukkan penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-raja di negara ini yang menjadi sumber perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat dan kemakmuran negara sejak sekian lama.

2. Tindakan menghina dan menuduh YDPA dengan pelbagai perkataan dan dakwaan yang bukan-bukan serta tidak berasas oleh beberapa individu dan pihak mutakhir ini adalah amat mengecewakan dan dilihat sebagai suatu fenomena yang sangat membimbangkan kerana juga berunsurkan hasutan.

3. Sesunggunya Islam melarang keras perbuatan mencela terhadap makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t. apatah lagi mencela seorang Muslim dan beriman kepada Allah. Sabda Nabi s.a.w., maksudnya “Mencela orang Muslim adalah perbuatan fasik dan membunuhnya adalah perbuatan kufur” (HR Bukhari).

4. Tambah pula, perbuatan seperti itu juga bersalahan dengan budaya kita sebagai orang Timur yang terkenal dengan adab kesopanan yang tinggi lebih-lebih lagi kepada YDPA selaku Ketua Negara. 

5. Sungguhpun Raja-raja juga adalah manusia biasa yang tidak bebas daripada kelemahan dan kekurangan, namun kerana kedudukan dan peranan yang disandang oleh Baginda, hendaklah kita bersantun sekali mengenainya. 

Sekian.

”Sejahtera Bersama Islam”

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri adalah Ahli Parlimen Kuala Nerus

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2004508412892512&id=569086473101387

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo