NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Geran MPKK Untuk Negeri Terpilih Satu Diskriminasi


oleh: YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI 

1. Peruntukan geran hanya kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) menyerlahkan betapa sentimen politik mendahului kepentingan rakyat dan negara. Malah, tindakan PH itu jelas mengulangi perangai Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap Kerajaan Negeri yang tidak sehaluan politik dengan mereka.

2. Kezaliman, penindasan dan penafian hak kekal berulang membudaya disebalik impian rakyat mahukan perubahan. Keadilan dan kesaksamaan yang menjadi janji manis kempen PH pada PRU14 rupanya retorik semata-mata disebalik slogan Malaysia Baru. Kini satu persatu janji dikhianati dan diremehkan dengan alasan-alasan jelik dan menipu rakyat.

3. Pengumuman peruntukan RM10,000 sebulan kepada hanya 10,000 MPKK di negeri ditadbir PH itu juga mencabuli konsep Federalisme dan nilai demokrasi. Bahkan ia satu lagi penafian hak dan diskriminasi kepada 6,481 MPKK lain yang menggantikan peranan JKKK itu. Perubahan dibawa PH tidak lebih hanya kosmetik atau bergantian kulit, tetapi mewarisi sikap BN.

4. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun yang bertanggungjawab terhadap perkara itu mewakili kerajaan diterajui PH dituntut segera membetulkan keadaan. Kebencian rakyat terhadap segala dasar dan pendekatan kerajaan dahulu perlu dijadikan iktibar untuk tidak diulangi lagi. Tinggalkan Malaysia Lama dan lakarlah kanvas Malaysia Baru yang lebih baik.


"Sejahtera Bersama Islam"

"Mara Menuju Cita"

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI adalah Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo