NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Erdogan sedia bentuk kerajaan campuran


ISTANBUL, 8 Syawal 1439H, Jumaat – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tidak menolak kemungkinan membentuk kerajaan campuran jika Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) gagal mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya parlimen dan presiden nanti.

"Sekiranya ia berada di bawah 300 kerusi, mungkin akan ada usaha untuk membentuk gabungan," katanya dalam satu temubual bersama sebuah stesen radio tempatan.

Bagaimanapun Erdogan percaya usaha ke arah membentuk kerajaan campuran itu sangat rendah, sebaliknya yakin AKP masih boleh terus menjadi parti pemerintah.

AKP mengekalkan majoriti di Parlimen selama hampir 16 tahun, dan hanya tewas pada bulan Jun 2015. Bagaimanapun, parti-parti gagal telah membentuk gabungan pada masa itu dan Erdogan sekali lagi mengadakan pemilihan baru pada November tahun sama, sekali gus memulihkan majoriti AKP.

Kira-kira 60 juta pemilih berdaftar Turki layak mengundi pada pemilihan bagi pilihan raya parlimen dan presiden yang dijadual Ahad ini.- Agensi


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/06/22/erdogan-sedia-bentuk-kerajaan-campuran/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo