ANKARA, 2 Syawal 1439H, Sabtu – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz menyambut baik resolusi Persidangan Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mendesak perlindungan bagi warga Palestin.
"Saya melihat keputusan yang diambil oleh Majlis Umum PBB sebagai tonggak bersejarah dalam masalah Palestin.
"Kami tidak akan pernah meninggalkan kiblat pertama kita iaitu Baitulmaqdis dari negara Israel yang menyerang, yang tentu saja hanya makan dari darah dan air mata," katanya.
Resolusi ini telah diajukan oleh Kuwait di Majlis Keselamatan PBB, namun tidak berjaya diluluskan akibat veto Amerika Syarikat (AS).
Namun, atas inisiatif Indonesia dan sejumlah negara anggota lainnya, resolusi yang sama kemudian diajukan kembali oleh Turki di pertemuan Persidangan Umum PBB.
Resolusi ini meminta Setiausaha PBB untuk melakukan siasatan terhadap situasi di lapangan wilayah penduduk Palestin dan membuat laporan dan menyampaikannya kepada Majlis Umum dalam tempoh 60 hari.
Resolusi itu juga menyalahkan Israel atas kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan mendesak masyarakat antarabangsa untuk mempertimbangkan perlindungan bagi mereka.
Negara-negara yang memilih menentang resolusi itu termasuk AS, Israel, Australia, Kepulauan Marshall, Nauru, Togo, Kepulauan Solomon, dan Mikronesia.
Selain isu Palestin, kedua-dua pemimpin dunia, Erdogan dan Raja Salman ini juga bertukar pandangan mengenai hubungan bilateral dan isu-isu dalam negara.
Di kesempatan itu, Erdogan turut sempat memberikan ucapan sempena meraikan Aidilfitri pada tahun ini kepada Raja Salman. – Agensi
Sumber:https://www.ismaweb.net/2018/06/16/erdogan-raja-salman-puji-resolusi-pbb-desak-perlindungan-rakyat-palestin/
Sumber:https://www.ismaweb.net/2018/06/16/erdogan-raja-salman-puji-resolusi-pbb-desak-perlindungan-rakyat-palestin/
No comments
Post a Comment