NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua rakyat Palestin maut ditembak askar rejim pengganas Israel



GAZA, 16 Syawal 1439H, Sabtu
– Dua rakyat Palestin, termasuk seorang remaja berusia 14 tahun, menjadi korban terbaharu kekejaman tentera rejim pengganas Israel, ketika tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza, semalam.

Yasser Abu Al-Naja, ditembak di kepala ketika menyertai penunjuk perasaan di Khan Younes, dan meninggal dunia di hospital, kata kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.
Sementara itu, Mohammad al-Hamayda, 24, ditembak di utara al-Bureji tidak jauh dari tembok sempadan Gaza-Israel, pada hari yang sama.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, sehingga kini 135 rakyat Palestin terbunuh dan 14,000 lagi cedera sejak tunjuk perasaan 'The Great March of Return' yang menuntut mereka kembali ke kampung halaman yang diramas rejim Zionis, bermula 30 Mac lalu.
Sebahagian besar daripada yang cedera itu kerana ditembak, dan selebihnya terkena gas pemedih mata.
Pada masa sama, media melaporkan rakyat Palestin menjatuhkan dron milik rejim Zionis yang sedang merakam tunjuk perasaan itu. – Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/06/30/dua-rakyat-palestin-maut-ditembak-askar-rejim-pengganas-israel/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo