NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Catatan ringkas pilihan raya Parlimen dan Presiden Turki 24 Jun




Oleh: Asyraf Farique

1) KEPUTUSAN
Parti Saadet koalisi bersama parti sekular CHP adalah petunjuk bagaimana Islamis gagal menimbang kepentingan lebih penting tentang masa depan Islam di Turki dan umat Arab.


2) Parti Saadet lupa akan kesan yang mereka hadapi semasa pemerintahan CHP. Cubaan diharam, ditekan dan diguling serta ruang untuk mereka bernafas? Mereka sebenarnya lebih maklum antara CHP dan AKP, siapa yang lebih baik?

3) Walaupun media barat menunjukkan Erdogan seolah-olah Presiden yang berkuasa tetapi beliau sendiri menghadapi kesukaran untuk mengurus fraksi pelbagai di dalam AKP. Ada kelompok Islamis, liberalis, sekularis, dan keluarga-keluarga elit yang sekian lama menguasai ekonomi Turki. Terdapat juga kes-kes korupsi yang berlaku di dalam fraksi-fraksi ini, menyukarkan lagi beliau. Ditambah dengan tekanan pasaran terhadap ekonomi Turki menyebabkan kejatuhan teruk mata wang lira. Dan sentimen negatif pelabur terhadap pasaran ekonomi Turki.

4) Dalam satu sudut yang lain, kem pembangkang mendapat sokongan penuh dari barat (Amerika Syarikat, Jerman dan Israel). Baru-baru ini, pihak pembangkang, kecuali Saadet telah berjumpa dengan wakil Amerika Syarikat dan Jerman untuk membincangkan strategi menjatuhkan Erdogan. Dan apa yang akan dilakukan sekiranya AKP tumbang. Erdogan akan dipenjarakan dan didakwa dengan pelbagai pertuduhan khususnya atas akta jenayah perang.

5) Muharram Ince calon Presiden dari CHP dilihat mendapat sokongan penuh barat melalui bacaan di media-media antarabangsa milik keluarga Murdoch, Rockefeller dan juga Rothschild. Anda boleh membuat bacaan sentimen di media-media ini seperti Financial Times, The Economist, Foreign Policy dan banyak lagi.

6) Pasukan penasihat pilihan raya Ince sendiri mempunyai hubungan dan menerima latihan bersama institut demokrasi Amerika Syarikat dan Jerman di bawah NDI, IRI dan KAS.

6) Ince juga berjanji akan melindungi kepentingan pelabur dan membuat kembali pelan penstrukturan undang-undang untuk mengukuhkan kembali pasak sekular di dalam perlembagaan negara.

7) Situasi pada kali ini, tidak dijangkakan mudah buat AKP. Besar kesan pilihan raya ini terhadap nasib Umat Turki dan Arab di sana. Kita doakan yang terbaik buat mereka.

Wallahualam

Asyraf Farique adalah Penganalisis IRIS Institute

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo