NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cadang beberapa nama lain sebagai Peguam Negara - GPMS



03 Jun 2018 4:42 PM 

KUALA LUMPUR 3 Jun - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GMPS) berharap kerajaan mencadangkan beberapa nama lain sebagai Peguam Negara setelah Tommy Thomas yang merupakan satu-satunya nama dikemukakan untuk dilantik ke jawatan tersebut masih belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Presidennya, Zambri Mohd. Isa berkata, antara faktor utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan mengenai isu Tommy sebagai Peguam Negara adalah pemahaman beliau tentang undang-undang Islam.

Peguam Negara perlu dilantik dalam kalangan orang Islam kerana majoriti penduduk beragama Islam. Kuasa Peguam Negara amat luas dan bukan sahaja menuntut pemahaman tentang undang-undang Islam namun turut mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Selain itu, semua pihak perlu memahami bahawa peruntukan Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa melantik Peguam Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri namun Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa sama ada untuk menerima atau menolak cadangan itu," katanya menerusi satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cadang-beberapa-nama-lain-sebagai-peguam-negara-gpms-1.684618#ixzz5HPiuPwx1


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo