NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin saman blogger Toyol of Selangor





PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik blog Toyol of Selangor susulan fitnah yang mendakwa kononnya beliau menyimpan RM300 juta di luar negara.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Hassanal Bolqiah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, Azmin telah meminta pasukan guaman memfailkan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti identiti pemilik blog tersebut untuk tindakan susulan.

"Tindakan undang-undang itu bertujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja berniat jahat untuk menggugat kewibawaan dan integriti Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

"Azmin sangat kecewa dengan sikap media yang melaporkan fitnah jahat tersebut daripada sumber yang sama sekali tidak berwibawa justeru terperangkap dalam gejala 'gutter politics," katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor itu telah meminta peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik blog Toyol of Selangor dan mana-mana paparan yang mengulangi fitnah dalam blog tersebut di media sosial dan portal.

Pada masa sama, pengendali blog WordPress menggantung sebuah blog, 'Toyol of Selangor' yang menyiarkan dakwaan terhadap Azmin.

Semakan di blog berkenaan mendapati satu mesej tertera "dijadikan arkib atau digantung" atas pelanggaran syarat perkhidmatan.

Bagaimanapun, tiada butiran diberikan mengenai sebab penggantungan itu.

Baru-baru ini, blog Toyol of Selangor yang menyenaraikan nombor akaun didakwa milik Azmin di bank luar negara.

Namun, Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya cubaan untuk merosakkan reputasinya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo