NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin persembah nama calon MB kepada Sultan Selangor



SHAH ALAM, 4 Syawal 1439H, Isnin – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mempersembahkan satu nama sebagai calon yang akan menggantikan beliau sebagai Menteri Besar.

Timbalan Presiden PKR itu bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada calon menteri besar itu adalah dalam kalangan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sedia ada atau sebaliknya.
"Saya mempersembahkan (nama calon MB) kepada tuanku setelah berbincang dengan kepimpinan PKR…saya telah dapat pengesahan nama untuk dipersembahkan kepada tuanku untuk exco dan juga menteri besar.

"Nama (bakal calon MB) akan diketahui esok," katanya ringkas ketika ditemui pemberita, hari ini.
21 Mei lalu, Sultan Sharafuddin telah memberi perkenan bagi Mohamed Azmin memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, dan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin masih perlu melaksanakan tugas sebagai menteri besar buat sementara sehingga tempoh peralihan kuasa dibuat.

Sebelum ini, dua nama disebut-sebut sebagai calon yang akan menggantikan Mohamed Azmin iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari dan ADUN Ijok, Ahmad Idris Ahmad. - BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo