NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

100 Hari Sudah Terlalu Terlewat...


Rohidzir Rais

Kerajaan baru yang ada sekarang ibarat sebuah kenderaan yang masih kosong, lalu setiap golongan berebut-rebut bagi mendapatkan tempat duduk.


Bangsa Cina dan India, berusaha menempatkan diri dalam kedudukan lebih baik untuk bangsa mereka daripada kerajaan lama. Sudah tentu mereka bermatian mencapai apa sahaja yang mampu.

Orang Melayu, tunggu 100 hari!

Golongan liberal dan anti Islam juga dengan berani mempamerkan belang mereka dengan menuntut pelbagai kehendak asalkan Islam tidak menjadi agama yang kuat. Bagi mereka Islam mesti disamatarafkan dengan agama lain. Seruan penilaian semula JAKIM misalnya sudah boleh difahami sebagai usaha mengecilkan peranan Jakim atau melenyapkannya terus.

Jangan lupa puak Wahabi yang terkenal dengan sikap ghairah melampau terhadap jawatan dan dengan muka tidak malunya menawarkan diri untuk jawatan-jawatan penting agama termasuk mufti. Mereka bagaikan anjing kehilangan tuan yang kini menjelirkan lidahnya ke sana sini mencari tuan yang baru. Galak pula menyalak kepada pembangkang, bagi mengambil hati tuan baru.

Dan kita, tunggu 100 hari!

Hatta golongan mak nyah, pondan, gay dan lesbian sudah berani melaungkan hak mereka sebagai balasan undi mereka kepada kerajaan baru. Apakah mustahil Malaysia membenarkan kahwin sesama jantina? Mengapa tidak?

Pun kita masih mahu menunggu 100 hari untuk mula bersuara.

Dan cadangan nama bukan Islam dan bukan Melayu sebagai peguam negara adalah alamat yang amat menakutkan. Mujur Yang DiPertua Agung dan Majlis Raja-Raja Melayu menolaknya hingga menimbulkan kemarahan sebahagian golongan terutama bukan Islam. Apakah institusi raja-raja akan dicabar sekali lagi, sebagaimana yang berlaku sebelum ini?

Kita pula khayal dengan konsep negara republik tanpa faham bahawa ia hanya membunuh Melayu dan Islam. Dan ya kita masih mahu tunggu 100 hari nanti.

100 hari bukan angka sakti yang boleh mengubah sesuatu secara magis, ia masa yang amat sikat bagi setiap golongan di negara ini demi mencapai objektif masing-masing. Selepas 100 hari, kita sudah terlambat untuk menuntut apa-apa atau mempertahankan apa yang kita ada. Kenderaan sudah pun penuh dengan penumpang-penumpang dan bersedia untuk bergerak. Kita baru sedar ketinggalan selepas 100 hari.

Sebagai pengundi Pakatan Harapan, sewajarnya orang Melayu Islam menuntut hak keistimewaan mereka dikekalkan. Dan sebagai rakyat Malaysia, kita juga berkewajipan memelihara agama Islam.

Kita terima perubahan baik yang kerajaan lakukan, tetapi dalam masa yang sama memberikan kritikan apabila keputusan mereka merugikan Islam dan Melayu.

Jangan sampai ketaasuban kepada pemerintah hingga menjadikan kerajaan PH hari ini sebagai BN 2.0 yang juga pernah runtuh kerana ketaasuban penyokong-penyokongnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo