PAS Kedah berpendirian semua pihak mestilah menjadikan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah sebagai panduan untuk merungkai permasalahan berkenaan dan mencari jawaban tanpa menunding jari kepada pihak lawan kononnya tidak berusaha menyelesaikan masalah. PAS sebelum ini telah menawarkan penyelesaian melalui "kerajaan perpaduan tanpa pembangkang" untuk mengatasi kebuntuan, namun dipandang sepi malah ditolak oleh pihak Menteri Besar.
oleh: DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
1. PAS Kedah berpandangan masih terlalu awal bagi mana-mana pihak
menjangkakan ketidaktentuan situasi politik hingga mengheret berlakunya
Pilihanraya Negeri(PRN) seperti yang diutarakan oleh Menteri Besar
Kedah.
2. Berikutan hal pemilihan
Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, ia bukanlah sesuatu yang kritikal
tetapi memerlukan kebijaksanaan untuk menanganinya.
3. Bagi PAS
siapapun yang dipilih oleh Dewan sebagai speaker, beliau tertakluk
kepada undang-undang dan peraturan-peraturan sebagai speaker dan
perlulah bersikap berkecuali.
4. Pemegang jawatan speaker juga
perlu mengendalikan mesyuarat dengan baik, mewujudkan suasana harmoni,
mengurus soalan-soalan dewan serta membantu kedua-dua belah pihak
menyampaikan hujah dengan bernas dan rasional. Hanya kerajaan yang lemah
akan membuat kenyataan terpaksa bergantung kepada kuasa speaker yang
tentunya akan dipastikan hanya memihak kepada kerajaan. Ini adalah
amalan kerajaan lama yang rakyat tolak.
5. Dalam perkara ini, PAS
Kedah berpendirian semua pihak mestilah menjadikan Undang-Undang Tubuh
Negeri Kedah sebagai panduan untuk merungkai permasalahan berkenaan dan
mencari jawaban tanpa menunding jari kepada pihak lawan kononnya tidak
berusaha menyelesaikan masalah.
6. Pakatan Harapan sewajarnya
menyedari bahawa masalah ini sebenarnya ada di pihak mereka yang
mendakwa mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Isu pelantikan
speaker dan perjalanan dewan adalah medan untuk buktikan bahawa mereka
benar-benar memiliki sokongan majoriti ahli dewan untuk menubuhkan
kerajaan.
7. PAS sebelum ini telah menawarkan penyelesaian
melalui "kerajaan perpaduan tanpa pembangkang" untuk mengatasi
kebuntuan, namun dipandang sepi malah ditolak oleh pihak Menteri Besar.
8. Sikap sedemikian jelas menunjukkan pihak Pakatan Harapan tidak
bersedia meraikan pilihan rakyat yang memberikan kerusi 50-50 antara
kerajaan dan pembangkang. Rundingan patutnya berlaku pada masa itu,
bukan sudah terhantuk baru terngadah.
9. Oleh itu, dengan
pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera(BPMS)yang diamalkan, maka
PAS bersedia untuk menerima keputusan dalam hal perlantikan jawatan
speaker di Dewan Undangan Negeri melalui sidang belah bagi jika hal ini
menjadi satu kenyataan.
DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI adalah PESURUHJAYA PAS KEDAH
No comments
Post a Comment