NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ucapan sulung MB Terengganu






MARANG 11 Mei - Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang baharu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu malam tadi, buat pertama kali muncul menyampaikan ucapan awam di majlis Kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini har ini.



Yang turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang serta anaknya, Muhammad Khalil selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk.


Dr. Samsuri yang merendah diri berkata, beliau tidak menyangka dipilih menerajui kerajaan negeri dengan suatu amanah yang sangat berat untuk dipikul.

"Sesungguhnya jawatan Menteri Besar, Exco, ADUN dan Ahli Parlimen sangat berat, tak mampu dipikul tanpa kerjasama tuan-tuan (rakyat). Kami yang dipilih ini perlu bimbingan tuan-tuan. Jika benar, ikutlah tapi kalau salah tegurlah, bantu dan bimbinglah kami.

"Saya seperti orang lain juga, orang kampung yang tak terfikir diberi amanah sangat berat ini. Saya juga suatu masa dulu panjat pokok kelapa untuk tampal poster dan sebagainya. Jadi,bimbingan tuan-tuan sangat diperlukan untuk terajui kerajaan Terengganu," katanya. 





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo