NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Surat Terbuka Kepada Dato Seri Anwar Ibrahim



oleh: Ust Hj Ahmad Marzuk Shaary
30 Shaaban 1439/16 Mei 2018


Tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim yang mendapat pengampunan YDPA. Juga tahniah kepada keluarga besar reformasi. Kami PAS tidak pernah mengajar kepada pengikut kami yang DSAI bersalah walaupun mahkamah yang putuskan, walaupun ditambah dengan rekayasa pertuduhan untuk meyakinkan. Kami juga tidak pernah mengiyakan tuduhan itu terhadap Dato Seri walaupun tentera Dato Seri serang kami habis-habisan. Kami tetap berpegang kepada prinsip islam yang melarang. 

Semoga travelog ujian yang panjang ini akan menyemarakkan semangat untuk Dato Seri menyertai kami memartabatkan perundangan Islam yang menjamin keadilan sejagat. Semua prinsip keadilan islam ini hilang ketika Dato Seri didakwa dan dibicarakan.

Pada hari ini Dato Seri berkuasa, maka Dato Seri bebas mendapat keadilan namun belum tentu untuk orang lain mendapat keadilan tanpa adanya kuasa. Belum tentu juga keadilan  pada masa akan datang kerana kuasa bakal silih berganti. 

Dengan memartabatkan sistem perundangan islam dalam negara ini sahajalah yang boleh memberi jaminan keadilan kepada Dato Seri dan kepada kami rakyat Malaysia sekarang dan masa akan datang.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

Ust Hj Ahmad Marzuk Shaary adalah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211660662417482&id=1394500155

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo