NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahrir letak jawatan Pengerusi FELDA

0

Memandangkan saya dilantik sebagai Pengerusi FELDA oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baharu.

Shahrir letak jawatan Pengerusi FELDA

KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Abdul Samad meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi FELDA, berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang mula memegang jawatan itu pada 6 Januari tahun lalu, sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Memandangkan saya dilantik sebagai Pengerusi FELDA oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baharu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga FELDA atas sokongan dan kerjasama sepanjang perkhidmatan saya sebagai Pengerusi FELDA dalam usaha membawa FELDA balik ke asal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peletakan jawatan Shahrir itu adalah susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Shahrir berkata, sebanyak tujuh penambahbaikan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan FELDA sudah diperkenal sepanjang tempoh beliau memimpin agensi terbabit.

Antaranya adalah meningkatkan tadbir urus dengan melantik pengerusi berbeza untuk anak syarikat FELDA, dengan tiada seorang pun dalam kalangan mereka adalah ahli politik selain berusaha mendapatkan kembali keyakinan peneroka menerusi inisiatif Muafakat FELDA.

Selain itu, katanya, hutang peneroka disusun semula, mewujudkan dana khas RM300 juta bagi menghapuskan hutang peneroka berlebihan, memperkenalkan geran tanam semula serta melupuskan pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

"Penambahbaikan lain adalah mendapatkan semula pemilikan semua 16 lot tanah Jalan Semarak yang terlepas kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), yang didaftarkan semula atas nama FELDA pada 8 Mac lalu.

"Jawatankuasa khas turut ditubuhkan bagi merundingkan terma projek KLVC yang lebih baik, hasil perjanjian persefahaman ditandatangani FELDA bersama pemaju pada 15 Januari lalu," katanya.

Tambah Shahrir, di bawah pimpinan singkatnya, pembayaran hasil peneroka lebih tersusun, selain kewangan FELDA disusun semula dengan melupuskan aset tidak berkaitan dengan perniagaan teras FELDA.

Beliau turut memperkenalkan projek Rumah Mesra Rakyat FELDA bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik kepada generasi baharu dalam tanah rancangan FELDA, manakala 1,234 unit rumah Projek Generasi Baharu FELDA (PGBF) sudah diserahkan kepada pembeli.

Najib sebelum ini melantik Shahrir sebagai Pengerusi FELDA menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang tamat tempoh perkhidmatan.

Antara perkara terakhir yang dilakukan Shahrir adalah menyelesaikan kemelut tanah FELDA di Jalan Semarak.

Isu tanah Jalan Semarak itu belum selesai dan masih menunggu hasil semakan Jawatankuasa Siasatan Lembaga FELDA terhadap laporan akhir audit forensik ke atas projek KLVC, dengan tempoh tiga bulan diberikan bermula Februari lalu dan dijangka berakhir bulan ini.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/425689/shahrir-letak-jawatan-pengerusi-felda

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo