oleh: Shuhaimi Al Maniri
Saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyebut, PAS mengharapkan royalti Petroleum dikembalikan kepada Kelantan dan Terengganu seperti yang dijanjikan dalam manifesto (PH).
Untuk itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
"Kita harap apa yang Pakatan Harapan janjikan dalam manifesto mereka akan dikotakan sekali gus tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu," katanya.
Katanya, PAS mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Isu Rolyati Minyak adalah antara isu hangat diperbahaskan selepas PRU-14 oleh rata-rata rakyat Terengganu. Topik ini menjadi hangat apabila kenyataan pengerusi Harapan Terengganu Azan Ismail agak “kebudakan” yang sama mentaliti seperti UMNO dahulu yang telah ditolak oleh rakyat sekarang ini.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menegaskan rakyat Terengganu tetap menerima manfaat royalti itu, namun ia tidak diberi secara terus kepada kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini, Dr Ahmad Samsuri berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya.
Selain itu, kerajaan negeri pimpinan PAS perlu terutama Terengganu dan Kelantan perlu mengambil pendekatan yang cermat dalam hal ini dengan mengambil pendekatan yang lebih mesra untuk mengajak bekerjasama antara kerajaan negeri dan Pusat.
Saya begitu tertarik apabila Menteri Besar Terengagnu yang ke-15, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan tekadnya untuk terus menuntut hak royalti minyak Terengganu.
Ahmad Samsuri berkata pelbagai pendekatan akan diambil bagi tujuan itu termasuk tindakan undang-undang jika perlu.
“Kita akan memperjuangkan dengan pelbagai cara pendekatan undang-undang, pendekatan secara berunding untuk mendapatkan kembali royalti minyak Terengganu dan juga mendapatkan hasil daripada Telaga Bertam yang telah dihilangkan dan ditiadakan dari kewangan kerajaan negeri,”
kata Ahmad Samsuri dalam ucapan sulungnya sebagai Menteri Besar ketika kuliah Dhuha Jumaat di Rusila, Marang sebaik sahaja selepas mengangkat sumpat pada malam sebelumnya Khamis, 10hb Mei, 2018.
Sebaik-baik tunggu masa dan ini adalah tanggungjawab kepimpinan baru Terengganu dalam rundingan kerajaan dengan kerajaan. Untuk Royalti diberikan kepada kerajaan Terengganu mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974, dan Perjanjian Petronas Terengganu 1975 hingga tahun 2000 bila PAS berjaya memerintah Terengganu (1999-2004) dahulu.
Dalam isu Royalti cukuplah kita beri tanggungjawab kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri mencari jalan yang terbaik untuk menguruskan perkara ini dengan Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Terengganu menunggu masa sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kaedah penyaluran royalti minyak dan gas kepada rakyat negeri itu.
Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jaminan Dr Mahathir itu sangat dialu-alukan dan beliau menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai sesuatu yang sangat positif dalam hubungan kerajaan negeri dan persekutuan.
“Saya mewakili rakyat Terengganu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada perdana menteri atas jaminan berhubung penyaluran royalti minyak itu,”
katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Batu Enam baru-baru ini..
Pada saya, tidak perlu ada mana-mana Ahli Parlimen dan ADUN mahupun exco kerajaan negeri yang membuat kenyataan terbuka mewar-warkan isu ini dalam apa situasi yang akan membuatkan rundingan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan menjadi makin rumit.
.
No comments
Post a Comment