Demam Pilihanraya Umum ke14 (PRU4) menghampiri kemuncaknya. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum undi dibuang dan dikira pada 9hb Mei ini dengan undi awal dilakukan pada 5hb Mei, 2018.
Hari ini 3hb Mei adalah hari terakhir undian diadakan oleh 1media dan telah ditutup. Mengikut undian yang dilakukan oleh 1230 pengundian online dikalangan pembaca 1Media, pembaca masih meletakkan PAS dan Gagasan Sejahtera jauh dihadapan dengan undian sebanyak 1082 (87 %) berbanding 89 % (728 undi) pada 13hb April sebelum penamaan calon diadakan pada 28hb April, 2018.
Dapatan awal pada jam 9pagi pada13hb April adalah BN hanya mendapat 4 % undian, parti-parti PH mendapat 6 % (DAP - 1%, PKR 3%, PAN 1%, PPBM 1%) berbanding dengan yang diperolehi PAS yang mewakili Gagasan Sejahtera mendapat 89 %.
. Dapatan maklumat yang diperolehi setakat Jumaat jam 9 pagi pada 13hb hb. April, 2018 adalah seperti dibawah;
BN 40 (4%)
PAS 728 (89%)
DAP 10 (1%)
PKR 31 (3%)
PAN 11 (1%)
PPBM 14 (1%)
PRM 2 (0%)
PSM 2 (0%)
BEBAS 2 (0%)
TAK PASTI 14 (1%)
Dua parti berhaluan kiri, PSM dan PRM dilihat tidak menjadi pilihan pembaca 1media dengan mendapat beberapa undi sahaja,
Berikut adalah keputusan pada 3hb Mei bila pengundian ditutup, jumlah undi yang dicatak adalah 1251 seperti pecahan dibawah:
BN 67 (5%)
PAS 1100 (87%)
DAP 18 (1%)
PKR 68 (5%)
PAN 26 (1%)
PPBM 20 (1%)
PRM 6 (0%)
PSM 7 (0%)
BEBAS 5 (0%)
TAK PASTI 18 (1%)
Jika dapatan yang diperolehi ini menggambarkan keadaan yang berlaku diluar sana, PAS yang membentuk Gagasan Sejahtera dengan beberapa parti politik, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiyyah SeMalaysia (Berjasa) serta Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berasaskan kaum Cina dan Parti Generasi Baru (NewGen) yang berasaskan kaum India untuk memberikan pilihan alternatif kepada rakyat membentuk sebuah kerajan baru - Malaysia Sejahtera berasaskan kerajaan teknokrat perlu diberikan perhatian oleh pengkaji-pengkaji politik.
Editorial 3/5/2018
No comments
Post a Comment