ISLAMABAD - PAKISTAN. Pakistan bakal mengadakan pilihan raya umum pada 25 Julai ini, yang kedua selepas pilihan raya pertama pada 2013.
"Presiden sudah meluluskan tarikh 25 Julai untuk mengadakan pilihan raya umum di negara ini," kata jurucakap presiden, Mamnoon Hussain.
Ketika ini, jawatan perdana menteri disandang oleh Shahid Khaqan Abbasi yang mewakili parti Liga Muslim-Nawaz Pakistan (PML-N), selepas bekas perdana menteri, Nawaz Sharif disingkirkan berikutan keputusan mahkamah atas tuduhan rasuah dan dilarang daripada menyertai politik seumur hidup.
Beliau adalah Perdana Menteri Pakistan ke-15 dalam tempoh 70 tahun, namun berjaya digulingkan sebelum sempat memenuhi penggal pentadbirannya.
"Ini adalah pilihan raya Parlimen kedua berturut-turut yang berjaya melengkapkan tempohnya dan kini, kami meminta rakyat untuk menilai sendiri prestasi pentadbiran kami," kata Menteri Kewangan, Miftah Ismail.
Pilihan raya kali ini bakal menyaksikan persaingan sengit antara PML-N dan parti Tehreek-e-Insaf Pakistan yang diketuai oleh bekas bintang kriket, Imran Khan yang sekian lama bercita-cita menjadi perdana menteri Pakistan.
No comments
Post a Comment