NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS: Serbuan rumah Najib semasa Ramadan tak sesuai






Bukan PAS menentang tindakan polis membuat siasatan ke atas mana-mana penyelewengan, tetapi mereka perlu mempertimbangkan masa pemeriksaan itu dibuat.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyelar serbuan yang mengambil masa lama di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dikatakan tidak sesuai dilakukan pada bulan Ramadan.

Beliau yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan, berkata tindakan itu juga akan memberi tanggapan negatif masyarakat terhadap isu berkenaan.

"Bukan PAS menentang tindakan polis membuat siasatan ke atas mana-mana penyelewengan, tetapi mereka perlu mempertimbangkan masa pemeriksaan itu dibuat.

"Walaupun polis ingin mendapatkan maklumat, mereka perlu melakukan dengan cara berhemah," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online selepas menyampaikan kuliah PAS di Medan Ilmu, di Kota Bharu, hari ini.

Ketika pelbagai kisah mengenai rampasan pihak berkuasa ke atas barangan mewah tular di media sosial, tidak ada sebarang pengesahan mengenainya dikeluarkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata masih terlalu awal untuk pihaknya memberikan pengesahan.


Katanya, setakat ini mereka belum memperincikan sepenuhnya barang yang diramas berkenaan.

Sebelum ini akhbar Sin Chew Daily melaporkan polis menyita lebih 100kg jongkong emas dari dua unit kediaman mewah di Pavillion Residence yang dikaitkan dengan Najib di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

Selain itu, turut dilaporkan wang tunai, barangan kemas dan beg tangan berjenama mewah berjaya dirampas.

Polis memerlukan lima buah lori untuk mengangkut semua barang yang dirampas itu ke Bukit Aman.
( Hide )
  1. Setiap tindakan perlu dipertimbangkan mengikut peradaban Islam. Selagi tindakan berlandaskan nafsu, akal & kuasa maka penyelesaian hanya akan bersifat sementara. Dunia ibarat roda, Isu ibarat ombak yg akan datang dan pergi. Apa pun 'hakikat kebenarannya akan terpapar di padang mahsyar'.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo