Kemelut ini bermula pada 17 April lalu apabila saya sepatutnya mengumumkan MyPPP keluar daripada BN, namun dihalang berbuat demikian sekali gus terdapat cubaan pengambilalihan kuasa.
MyPPP mengisytihar keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menjadi parti bebas menyokong Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuatkuasa hari ini.
Presidennya, Tan Sri M Kayveas berkata, keputusan berkenaan dilakukan selepas menerima surat rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) semalam, yang mengesahkan beliau masih bergelar Presiden yang sah.
Jelas beliau, hal ini sekali gus menamatkan segala dakwaan dan cubaan pengambilalihan kuasa yang dilakukan beberapa kepemimpinan tertinggi parti.
"Kemelut ini bermula pada 17 April lalu apabila saya sepatutnya mengumumkan MyPPP keluar daripada BN, namun dihalang berbuat demikian sekali gus terdapat cubaan pengambilalihan kuasa.
"Justeru, kami tidak akan berganjak dengan keputusan yang dilakukan pada 17 April itu, malah laman web parti turut memadamkan nama saya sebagai Presiden yang sah, bertentangan dengan peraturan RoS.
"Maka, hubungan MyPPP dengan BN sudah berakhir manakala tujuh kepemimpinan tertinggi parti yang terbabit dalam cubaan pengambilalihan kuasa dilucutkan keahlian serta-merta," katanya di Wisma MyPPP, Kuala Lumpur, pada Sabtu. - Wartawan Watan-Online
No comments
Post a Comment