NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahathir umum Kabinet baru 13 menteri


KUALA LUMPUR, 18 Mei: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mahathir berkata perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.”

Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong pada pukul 5 petang hari ini.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong adalah seperti berikut:


PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu - Langkawi)

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (PKR - Pandan)

BERSATU

Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)

Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Rina Harun (Titiwangsa)

PKR

Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP

Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)

Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)

Menteri Tenaga Manusia:
M Kulasegaran (Ipoh Barat)

AMANAH:

Menteri Pertahanan:
Mohamad Sabu (Kota Raja)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Salahuddin Ayub (Pulai)

Menteri Kesihatan:
Dr Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo