NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Krisis kepimpinan myPPP: Pertandingkan jawatan tertinggi



Akar umbi mahukan perubahan kepimpinan, maka adalah lebih baik jawatan tertinggi ini dipertandingkan agar ahli-ahli dapat memilih dengan sepenuh kebebasan siapa yang mereka fikir layak untuk memimpin mereka.

Sebagai Pengerusi Perhubungan myPPP Terengganu, saya mewakili rakan rakan ahli yang lain sependapat bahawa krisis yang berlaku dalam kepimpinan myPPP kini semakin rumit.
Ahli-ahli akar umbi tertanya-tanya siapa yang betul atau pun sebaliknya.


Perang yang berlaku tidak memberi faedah atau kebaikan kepada parti lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana berlaku perubahan iklim kepimpinan kerajaan.
Perkara ini terjadi mungkin disebabkan ahli-ahli yang mahukan perubahan dan hala tuju baru demi masa depan parti.


Persoalan siapa yang layak menerajui kepimpinan tertinggi harus diselesaikan dengan segera dan berhemah.


'Peperangan' melalui media yang semakin hangat dan menjadi tumpuan ramai ini seharusnya tidak terjadi kerana ini akan memburukkan imej parti yang telah bertapak lebih 60 tahun di arena politik.



Saranan saya, sekiranya akar umbi mahukan perubahan kepimpinan, maka adalah lebih baik jawatan tertinggi ini dipertandingkan agar ahli-ahli dapat memilih dengan sepenuh kebebasan siapa yang mereka fikir layak untuk memimpin mereka.


Tidak ada lagi satu kuasa mutlak bagi memutuskan untuk jawatan tertentu dan biarlah ahli-ahli memilih dan membuat keputusan.
Saya rasa ini lebih terbuka atau 'transparent'. 

Pemimpin-pemimpin lama harus bersedia menerima perubahan yang sekian lama diimpikan oleh akar umbi.
Kita akan menghadapi mesyuarat agung dalam masa terdekat dan saya rasa ini waktu yang sangat sesuai untuk diadakan pemilihan.


Sekiranya ini dapat dilaksanakan, saya yakin dan percaya sokongan dan kepercayaan ahli-ahli terhadap myPPP akan bertambah, bersesuaian dengan keinginan akar umbi.


Ia juga dapat menolak tohmahan yang mengatakan parti ini milik mutlak individu yang hanya mengejar kepentingan peribadi berbanding perjuangan parti.



DATUK KAMARUZAMAN IDRUS ialah pengerusi perhubungan myPPP Terengganu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo