NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Menteri Sabah Musa fail writ saman terhadap Shafie



Writ itu juga memohon pengisytiharan apa-apa dan semua tindakan oleh Shafie yang dikatakan sebagai ketua menteri adalah batal, tidak sah dan tidak terpakai.


KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini memfailkan writ saman terhadap Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Shafie Apdal memohon pengisytiharan beliau kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.

Writ itu juga memohon pengisytiharan majlis mengangkat sumpah presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai ketua menteri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah menyalahi perlembagaan.

Writ itu juga memohon pengisytiharan apa-apa dan semua tindakan oleh Shafie yang dikatakan sebagai ketua menteri adalah batal, tidak sah dan tidak terpakai.

Writ itu difailkan oleh Tetuan F T Ahmad & Co, yang mewakili Musa dan menamakan Juhar dan Mohd Shafie, masing-masing sebagai responden pertama dan ke-2.

Di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, sebaik writ diserahkan, Juhar dan Shafie mempunyai tempoh 14 hari untuk memfailkan kehadiran.

Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 10 Mei sementara Mohd Shafie mengangkat sumpah pada 12 Mei.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo