Budaya untuk tidak dipertandingkan jawatan ini adalah antara penyebab kita kalah PRU.Oleh itu, saya tak setuju kalau ada apa-apa jawatan tak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO kali ini
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan cadangan untuk beberapa jawatan utama UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti sudah tidak relevan.
Malah, beliau menyifatkan amalan sedemikian menjadi salah satu punca rakyat menolak parti utama kaum Melayu itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Tidak, kita tidak boleh lagi ada peraturan tiada pertandingan ini lagi dalam UMNO.
"Budaya untuk tidak dipertandingkan jawatan ini adalah antara penyebab kita kalah PRU.
"Oleh itu, saya tak setuju kalau ada apa-apa jawatan tak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO kali ini," kata beliau di Ibu pejabat UMNO, di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Terdahulu, pimpinan UMNO Melaka dikatakan akan mencadangkan tiga jawatan kanan parti tidak dipertandingkan serta menamakan tiga individu untuk memegang jawatan itu.
Bagaimanapun Khairy berkata walaupun cadangan itu akan memberi jalan selamat kepadanya untuk dilantik secara automatik menjadi Naib Presiden UMNO tanpa bertanding tetapi ia sebaliknya ia menghakis kepercayaan orang ramai terhadap parti itu.
"Ia juga menjadi punca mengapa orang ramai hilang kepercayaan kita. Ia seolah-olah kita tak buka ruang demokrasi kepada ahli-ahli kita.
"Jadi saya berpendapat, hentikan sahaja semua cadangan mengarut untuk tiada pertandingan dalam pemilihan kali ini," kata Ahli Parlimen Rembau itu. - Wartawan Watan-Online
No comments
Post a Comment