KUALA LUMPUR - Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa beliau ingin memperbetulkan kesilapannya kerana menaikkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri hanyalah retorik semata-mata, kata calon Pas Parlimen Titiwangsa, Mohamad Noor Mohamad.
Katanya, beliau tidak fikir Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) itu benar-benar mengakui kesilapannya jika melihat kepada semua kesilapan yang dilakukannya sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.
“Saya tak fikir dia benar-benar sedar yang dia buat kesilapan. Jadi kemaafan apa sebenarnya?
“Kalau rakyat beri peluang semula kepada dia, dia akan mengulangi kesilapan 22 tahun yang lalu dan rakyat akan terus menderita serta dizalimi,” katanya, hari ini.
Beliau juga turut menyeru rakyat supaya tidak terperdaya dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir.
“Saya harap jangan percayalah...mungkin dia pun tidak berapa ingat apa yang dia sebutkan,” tambahnya.
Semalam, di ceramah mega pakatan pembangkang di Desa Pandan dalam kempen PRU14, Dr Mahathir memohon maaf di hadapan penyokong-penyokong PKR kerana menaikkan Najib sebagai perdana menteri. - Bernama
Ketua Pemuda Umno Sabah Sufian Abdul Karim berkata dengan penarikan balik pendakwaan ini, Malaysia dapat memperbaiki imej keadilannya di per...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment