NOTIS:
Jangan biarkan Mahathir sekali lagi lukai hati masyarakat Cina
KAMPAR - Tun Dr Mahathir Mohamad telah melukai hati masyarakat Cina sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Di bawah pentadbirannya, beliau berkata Dr Mahathir telah mencetuskan banyak isu termasuk menggendalakan pendidikan Cina dan melaksanakan operasi menahan lawan-lawan politiknya di seluruh negara menerusi 'Ops Lalang'.
"(Di bawah pentadbirannya) Dr Mahathir telah menimbulkan banyak kesulitan kepada masyarakat Cina* beliau telah melukai hati masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama persatuan Cina di Kampar hari ini.
Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Kampar Datuk Lee Chee Leong yang juga naib presiden MCA vice-president; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji, Daniel Wa Wai How dan DUN Malim Mawar, Chang Gwo Chyang.
Disebalik dakwaan DAP untuk 'menyelamatkan' Malaysia, Liow berkata rakyat perlu menyelamatkan negara ini dengan menghalang Dr Mahathir daripada kembali berkuasa.
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/negara/jangan-biarkan-mahathir-sekali-lagi-lukai-hati-masyarakat-cina-1.664798
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment