Institusi raja-raja adalah payung yang menjadi naungan rakyat, melangkaui semua agama, bangsa, bahasa, fahaman politik dan sebagainya. Ianyalah satu-satunya institusi yang bebas daripada apa-apa juga sentimen dan pengaruh tertentu. Oleh itu, PAS menasihatkan semua parti dan watak politik untuk menghormati institusi ini atas sifatnya itu.
Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man
26 Mei 2018
Walaupun PRU14 sudah pun selesai 16 hari namun cuaca politik negara yang timbul kerana PRU14 tetap panas.
Sepanjang 16 hari ini, rakyat melihat bagaimana parti-parti dan watak-watak politik menimbulkan pelbagai pertikaian terutamanya kemelut menubuhkan kerajaan yang telah dan sedang berlaku.
Namun dalam keghairahan semua untuk mempertahankan ruangan masing-masing jangan sesekali kita menggores keutuhan dan kedaulatan institusi raja-raja yang telah sekian lama menjadi naungan kepada semua rakyat Malaysia.
Institusi raja-raja adalah payung yang menjadi naungan rakyat, melangkaui semua agama, bangsa, bahasa, fahaman politik dan sebagainya. Ianyalah satu-satunya institusi yang bebas daripada apa-apa juga sentimen dan pengaruh tertentu.
Oleh itu, PAS menasihatkan semua parti dan watak politik untuk menghormati institusi ini atas sifatnya itu.
Apa sahaja pertikaian politik yang kita hadapi, janganlah kita melanggar sempadan ini.
Berhati-hatilah dan janganlah keghairahan tindakan kita dalam apa saja bentuk itu menyebabkan institusi raja-raja ini tercalar.
Apabila ia tercalar, maka hilanglah tempat untuk rakyat berlindung terutamanya apabila watak-watak dan parti-parti politik menjadi terlalu angkuh sehingga tidak boleh ditegur.
Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS
No comments
Post a Comment