NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dituduh munafik, Hadi minta Mahathir rujuk Mufti

0

ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merujuk maksud munafik dengan mufti terlebih dahulu sebelum menggelarkannya dengan panggilan itu.

Menurut Abdul Hadi, munafik adalah istilah agama sedangkan Dr. Mahathir bukan ahli agama untuk menggelar orang sesuka hati.


"Patutnya saya tak jawab. Biar dia tanya mufti yang tahu agama, apa makna munafik itu... biar munasabah takrifnya," katanya kepada pemberita selepas program Ceramah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Dr. Mahathir yang menyelar keperibadian Abdul Hadi sebagai munafik apabila didakwa menjalin kerjasama dengan UMNO.

Abdul Hadi berkata, beliau tidak melabelkan sesiapa sebagai kafir sebaliknya hanya menyebut tentang batas-batas iman dan kufur pada orang Islam.

"Dalam ucapan saya tidak pernah kata si anu, si anu kafir. Yang disebut hanya tentang batas-batas iman dan kufur pada orang Islam, itu sahaja.

"Mereka yang membawa budaya kafir-mengkafir dalam Pas masuk UMNO. Yang mana dalam politik kita tak bermusuh selama-lama, berkawan selama-lama. Cuma kita diajar berkawan ada batas, bermusuh ada batas.

"Kerana suatu hari akan ada perubahan. Sebab itu saya nasihatkan orang Pas kalau berkelahi ada batas, politik matang dan sejahtera," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/dituduh-munafik-hadi-minta-dr-mahathir-rujuk-mufti-1.664215

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo