NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Deklarasi Ummah Putrajaya: Letakkan Islam sebagai neraca mengundi PRU 14



Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 21 Syaaban 1439H, Isnin – Umat Islam khususnya bangsa Melayu diseru untuk meletakkan Islam sebagai neraca utama bagi membuat undian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei nanti.

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, para pengundi perlu memilih golongan yang memartabatkan agenda Islam dan Melayu.

“Kita tidak nafikan agenda-agenda ekonomi dan lain-lain, itu semua orang faham, tetapi apa yang kita lihat, Islam dan Melayu tidak begitu diutamakan oleh parti-parti politik.

“Oleh sebab itu kita mengeluarkan deklarasi memohon semua umat Islam mengundi secara rasional dan matang, bukan mengikut emosi, sentimen media sosial,” katanya selepas mengumumkan ‘Deklarasi Kesatuan Ummah Putrajaya’ di satu himpunan yang disertai pimpinan NGO-NGO Islam dan Melayu di Bangi hari ini.

Deklarasi itu bersetuju mempertahankan kuasa politik orang Melayu dan Islam di Malaysia sebagai kuasa rakyat majoriti untuk menjamin kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.





Berikut adalah teks penuh Deklarasi Kesatuan Ummah Putrajaya:

DEKLARASI UMMAH PUTRAJAYA 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Menyedari tentang kepentingan kedudukan orang Melayu sebagai penduduk bangsa majoriti di tanah air Persekutuan Malaysia. 
Meyakini tentang tangggungjawab terhadap masa depan dan kemajuan generasi anak cucu cicit orang Melayu Memahami bahawa Persekutuan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang beridentitikan Islam Bahawa dengan ini "DEKLARASI UMMAH PUTRAJAYA" pada hari ini menyatakan bahawa kami, dengan penuh tawadhuk dan ikhlas di hadapan Allah S.W.T dan ummah, 

1. Bersetuju semua NGO Islam dan Melayu bersungguh-sungguh mempertahan dan memperkasakan kedaulatan Islam di Malaysia sebagai agama Persekutuan, 

2. Bersetuju bahawa semua NGO Islam dan Melayu mesti bersatu dalam mempertahankan kedudukan agama Islam dan orang-orang Melayu daripada ancaman pengaruh asing yang mengancam keselamatan negara, 

3. Bersetuju memperkasakan umat Islam dan bangsa melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi, budaya dan teknologi, 

4. Bersetuju mempertahankan kuasa politik orang melayu dan Islam di Malaysia sebagai kuasa rakyat majoriti untuk menjamin kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

5. Bersetuju dan bersedia untuk menyokong calon-calon pilihanraya umum yang tegas dan berintegriti mempertahankan kedaulatan Islam di negara ini, 

6. Menyeru umat melayu-Islam untuk keluar mengundi sebagai satu kewajipan warganegara dan memilih calon-calon yang berintegriti serta tegas memperjuangkan kedaulatan Islam dan hak-hak orang Melayu. 

7. Menyedari ada golongan yang cuba untuk mengugat dan menghakis Islam sebagai agama persekutuan dengan menyokong Akta 164 dan cuba mencadangkan Akta Harmoni untuk diluluskan maka Ummah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menolak calun dan parti yang menyokong agenda tersebut dalam Pru ke 14.

Sumber berita: https://www.ismaweb.net/2018/05/07/letakkan-islam-sebagai-neraca-mengundi-9-mei-ummah/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo