Akidah tak kuat, negara hancur |
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 18 Syaaban 1439H, Jumaat – Rakyat perlu sedar bahawa parti rasis dan cauvinis, DAP bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia yang mana sudah termaktub Islam, adalah agama Persekutuan, sebagai sebuah negara yang tidak beragama.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Islam Negara (IKSIM), Datuk Prof Mahamad Naser Disa berkata, ini kerana DAP menganggap Malaysia sebagai negara sekular.
Malah, Naib Ketua Wanita DAP, Hannah Yeoh sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa komitmen DAP terhadap negara sekular adalah bertepatan dengan apa yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa kerakyatan Malaysia memang bersifat pelbagai kaum dan agama.
"Orang tak nak faham Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, agama itu bermakna akidah negara. Bila dia kata Malaysia negara sekular, agama itu tidak dianggap satu perkara utama. Jadi Malaysia ini tiada agama lah," katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, DAP yang berada dalam gabungan pakatan pembangkang pula mempergunakan orang Melayu di dalam pakatan tersebut untuk memperjuangkan sekularisme itu.
"Orang Pakatan Harapan pula tidak ambil berat soal akidah. Mereka terlalu terbawa bawa dengan isu materalistik, isu kebendaan, kekayaan hidup, isu ekonomi, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Sebenarnya dia (DAP) mengada-adakan persepsi. Mereka seret orang Islam untuk pengaruh keadaan bahawa kita gawat, ekonomi teruk.
"Tapi mereka lupa bab akidah. Dalam DAP ada Evangelis kuat sangat dengan Kristian Zionis.
"Semangat orang Cina yang dibawa oleh British. Orang Cina yang dibawa oleh British yang matlamat mereka menguasai Asia Tenggara.
"Sekarang Pakatan Harapan sedang membantu mereka untuk meruntuhkan negeri Islam. Sebab itu saya kata fokus kepada akidah. Jangan terkeliru dan terpengaruh dengan hasutan mengenai ekonomi.
"Kalau ya pun, sekurang-kurangnya akidah kita lega. Dahlah kita hancur dari segi akidah, kita akan hancur juga dari segi ekonomi.
"Orang Islam yang akan menjadi mangsa. Mudah-mudahan orang kita sedar. Buka mata. Mereka terlalu gilakan kuasa," katanya.
No comments
Post a Comment