NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN 2.0 : Sasarkan Kelantan & Terengganu?


Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit

1. Mulanya saya turut teruja mengikuti ucapan sulung Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila beliau dibebaskan dengan pengampunan penuh dari DYMM  Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semalam.

2. Namun saya tersentak apabila mendengar komitmen lantang dari beliau untuk menawan  Kelantan dan Terengganu pada pusingan akan datang. 




3. Setelah membilang satu persatu negeri yang berjaya ditawan oleh PH, kemudiannya dengan lagak Mr Arrogant, beliau menyebut Kelantan dan Terengganu akan ditawan kelak untuk menyempurnakan kepuasan dan keseronokan mereka.

4. Bahasa mudahnya, PH mula mewarisi kerakusan Barisan Nasional untuk merampas Kelantan dan Terengganu dari tangan PAS. Meskipun PRU 15 masih jauh dan PRU 14 baru sahaja berakhir, PH kelihatan tidak sabar mempamerkan sikap dan kemahuan politik rakusnya.

5. Awalnya saya tumpang gembira atas kemenangan PH yang berjaya menumpaskan BN. Justeru bukanlah mudah untuk menewaskan BN yang berkuasa sejak sekian lama. 

6. Tetapi semalam saya rasa tercabar. Malah saya percaya, anak-anak muda yang bekerja keras mempertahankan Kelantan dari dirampas oleh BN dan memenangi kembali negeri Terengganu, turut rasa dicabar oleh PH menerusi ucapan Dato’ Seri Anwar semalam.

7. Jika itu tekad mereka, maka kami tetap akan bangkit mempertahankan Kelantan dan Terengganu serta  menyelamatkannya dari menjadi mangsa rakus BN 2.0 ini. 

8. Kita faham kenapa perlu kita berjuang untuk menjatuhkan BN meskipun kita berbeda ideologi perjuangan. Tetapi, kita juga perlu menyatakan sikap, bahawa tidak ada sebab kenapa kamu patut lawan kami dan menawan negeri yang kami tadbir secara telus, adil, berkebajikan dan mematuhi kehendak syariat.

9. Format PRU 15 kelak pasti berubah. Jika PH bernafsu besar untuk menawan Kelantan dan juga Terengganu kelak, maka PAS semestinya diletakkan dalam posisi siap dan sedia, bukan sahaja untuk mempertahankan Kelantan dan Terengganu tetapi turut merencana kemenangan PAS dinegeri - negeri lain.

10. Perjuangan menegakkan syariat Allah swt makin mencabar. Memerlukan para pejuangnya terus bangkit dengan semangat juang berlipat ganda disamping bermuhasabah atas pelbagai kelemahan yang wajar diperbaiki. Jangan leka dan lengah, justeru musuh senantiasa rakus dan merancang.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.
( Hide )
  1. Dekatkan lg dengan pemilik segala kerajaan insyaAllah kerajaan dunia menjadi mudah ditawan

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo